ARTIS kontroversi, Aliff Aziz mengakui sudah lebih 40 hari dia tidak berhubung dengan isterinya iaitu penyanyi Bella Astillah dan dua orang anak mereka.
Menerusi podcast temu bual di YouTube TheCommonFolks SG, Aliff berkata, dia berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
“Kali terakhir saya bercakap dengan Bella dan anak-anak mungkin lebih 40 hari lalu. Memang tak ada komunikasi sejak beberapa minggu ini.
“Masa yang agak lama, membuatkan saya jadi takut nak dengar suara Bella dalam telefon… ia satu benda yang menakutkan buat kita, bila saya dengar, jadi takut.
“Bukan nak larikan diri daripada masalah itu… umi pun ada tanya tak nak bercakap dengan dia (Bella) ke. Bukan tak nak bercakap, tapi sebab dah jadi keadaan yang huru-hara.
“Dah lama tak bercakap, tak tahu nak cakap macam mana. Gap itu dah buat saya tak tahu nak cakap apa. Sangat sukar, sebab saya tak tahu nak mula macam mana,” katanya.
Terdahulu, tular satu klip yang dimuat naik di Instagram TheCommonFolkssg memperlihatkan Aliff menangis ketika ditanya mengenai isterinya, Bella Astillah.
Menerusi podcast The Common Folks, Aliff Aziz menerangkan mengapa dia mendiamkan diri tentang kemelut yang melanda dirinya selama ini.
Disoal tentang mengapa diaa mengeluarkan cerita-cerita aib tentang Bella, Aliff mengaku bersalah dengan tindakan yang dilakukannya.
Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF.'
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. - Gempak
Gempak
Fri May 03 2024
![Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714690035_AliffAzizBellaAs.jpg)
Gambar fail Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah dan dua orang anak mereka. - Foto Gempak
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739955253_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
![Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738639286_TBbellaastillah.jpg)
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
![Kes khalwat: Hanya berlalu pergi, Aliff Aziz dan Ruhainies diam membisu Kes khalwat: Hanya berlalu pergi, Aliff Aziz dan Ruhainies diam membisu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729149114_tbkeskhalwat.jpg)
Kes khalwat: Hanya berlalu pergi, Aliff Aziz dan Ruhainies diam membisu
Aliff dan Ruhainies terus diam membisu usai mahkamah menetapkan kes khalwat yang melibatkan mereka berdua ditangguhkan Februari depan.
![Kes khalwat Aliff Aziz, Ruhainies Februari tahun depan Kes khalwat Aliff Aziz, Ruhainies Februari tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729137220_keskhalwat.jpg)
Kes khalwat Aliff Aziz, Ruhainies Februari tahun depan
Perbicaraan kes khalwat membabitkan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, ditetapkan pada Februari tahun depan.
![Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720952011_bellaastillah.jpg)
Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.
![Dakwaan bertunang dengan Aliff merepek - Ruhainies Dakwaan bertunang dengan Aliff merepek - Ruhainies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719977864_pertuduhanberkhalwa.jpg)
Dakwaan bertunang dengan Aliff merepek - Ruhainies
Ruhainies memberitahu dia tidak tahu daripada mana berita rancangan bertunang ini bermula.
![Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719975841_keskhalwat.jpg)
Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara
Pasangan artis terkenal, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu.
![Kes khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies hadir bersama ke mahkamah Kes khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies hadir bersama ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719970790_keskhalwat.jpg)
Kes khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies hadir bersama ke mahkamah
Aliff ketika ditemui media memohon agar semua orang mendoakan yang baik-baik untuk segala urusan prosiding pada hari ini.
![Andai Alif Aziz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan... - Ibu Andai Alif Aziz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan... - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719109179_AliffAzizRuhainie.jpg)
"Andai Alif Aziz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan..." - Ibu
"Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan? Bersabar, okey!" - Siti Hafiza
![Mohon maaf khilaf anakanda kami... - Ibu Aliff Aziz akan terus nasihat hingga tutup mata Mohon maaf khilaf anakanda kami... - Ibu Aliff Aziz akan terus nasihat hingga tutup mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718936227_SitiHafizaibuAl.jpg)
"Mohon maaf khilaf anakanda kami..." - Ibu Aliff Aziz akan terus nasihat hingga tutup mata
Seorang pengguna media sosial mendoakan Siti Hafiza terus tabah menghadapi ujian yang melanda dirinya dan keluarga ketika ini.
![“Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah “Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718272787_TBBELLACERAI.jpg)
“Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya, Aliff Aziz selepas mereka sah bercerai pada Khamis.