KUALA LUMPUR: Mungkin tidak ramai menyedari, ada sesuatu yang sangat istimewa dan begitu bermakna "berlaku" pada tarikh hari ini 70 tahun lalu, khususnya buat industri hiburan tanah air dan negara amnya.
Biasanya berlalu begitu sahaja, tarikh 25 Mei ini sangat penting dalam sejarah muzik negara yang sewajarnya diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, seniman serba boleh yang mengangkat nama negara ke persada antarabangsa serta penyanyi pertama Malaysia yang menerima gelaran "Penghibur Nombor Satu Asia".
Akan tetapi, entah mengapa setelah lebih tiga dekad penyanyi legenda negara ini meninggalkan kita, hingga ke hari ini perjuangan dan pengorbanan beliau masih dipandang sepi biarpun lagu-lagu nyanyian Allahyarham kekal bernadi dalam kalangan peminat seni tanah air.
Bukan isu baharu, kerana sudah banyak kali suara dan harapan tentang pengiktirafan buat anak jati Temerloh, Pahang ini diangkat ke pelantar pihak berwajib termasuk kerajaan oleh penggiat seni tanah air, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Jangan kata mengabadikan namanya di muzium atau galeri, sekadar memperingati sumbangan besar beliau dalam mengharumkan nama negara juga jauh panggang dari api, dan menurut penulis lirik tersohor tanah air Datuk Habsah Hassan, yang beria-ia memperjuangkan jasa Allahyarham hanyalah para sahabatnya.
"Penghargaan lebih besar patut diberikan kepada arwah tetapi ini tidak berlaku. Malah, tidak ada sebarang majlis untuk mengenang jasa arwah, dan kalau adapun, peminatnya yang buat bacaan tahlil. Sebagai seorang sahabat baik, sedih sebenarnya dengan situasi ini dan saya rasa negara terlepas pandang," ujarnya kepada Bernama.
Bagi wanita ini, Sudirman merupakan khazanah negara yang begitu bernilai, bukan sahaja kerana bakat beliau hinggakan lagu-lagunya malar segar sampai kini, tetapi juga keperibadian serta karakter Allahyarham yang sewajarnya diangkat dan dijadikan inspirasi oleh ahli masyarakat.
Apatah lagi negara tidak mempunyai ramai artis yang berkaliber seperti beliau yang turut berpendidikan tinggi serta mempunyai peminat daripada pelbagai peringkat usia merentasi kaum hingga dikenali sebagai ikon perpaduan.
"Setiap hari, industri hiburan melahirkan ramai artis, sama ada penyanyi ataupun pelakon, namun, untuk mencari 'another' Sudirman tidak akan ada, dan inilah warisan kita yang seharusnya dibanggakan dan ditonjolkan kepada masyarakat.
"Lagu-lagunya terus meniti di bibir peminat walaupun ada yang tidak mengenali beliau. Akan tetapi, negara seolah-olah tidak melihat kepentingan jasa arwah, dan situasi ini tidak berlaku kepada Sudirman sahaja namun tokoh lain dalam industri hiburan seperti Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee (turut menerima nasib sama)," katanya.
Lantaran itulah, Habsah yang merupakan penulis lirik kebanyakan lagu popular Sudirman seperti Salam Terakhir, masih menaruh harapan agar jasa dan pengorbanan seniman itu dihargai dan diberi pengiktirafan sewajarnya menerusi penubuhan sebuah galeri khas, selain pusara Allahyarham di Kampung Chengal, Temerloh dipulihara dan dijaga.
Mengimbau kembali momen persahabatan beliau dengan seniman itu, Habsah berkata keakraban mereka terjalin selepas beliau diberi peluang menulis lirik lagu Terasing pada 1984, susulan sikap terbuka Allahyarham yang sering bercerita tentang harapan, impian dan cita-cita, selain bebas dihubungi pada bila-bila masa.
"Walaupun Allahyarham Sudirman dikenali sebagai seorang yang mempunyai sikap positif seperti periang dan sentiasa mengambil berat, saya beranggapan, secara zahirnya, arwah adalah seorang yang sepi, sensitif dan manja dengan orang yang dikasihinya.
"... mungkin tafsiran saya salah, tetapi itulah yang saya faham daripada percampuran (pergaulan) dan perbualan dengan Allahyarham, selain sikap terbuka kami dalam segala hal termasuklah perihal peribadi. Pernah suatu ketika dia menghubungi saya awal pagi (untuk) menceritakan rasa sedihnya. Nasib baik suami (Mohamed Jusoh) sudah memahami sangat hubungan saya dengan Sudirman," kongsi beliau.
Pertalian yang erat itu membuatkan beliau menjadi tempat Sudirman meluahkan isi hati dan keluh-kesahnya dalam menghadapi kehidupan, memberi beliau inspirasi untuk menghasilkan lirik lagu yang puitis dan cukup bermakna buat penyanyi yang diberi julukan "The Singing Lawyer" itu.
Bagi Mohd Shuib Mohamed Taib, 58, bekas pembantu kreatif di Sudirman Productions Sdn Bhd, banyak perkara yang boleh dipelajari daripada "Mr Mann" dari segi kerja.
"Allahyarham (Sudirman) seorang yang tegas dan serius ketika bekerja, namun saya suka (bekerja dengan arwah) sebab dia sangat berterus terang dan tidak 'sugar-coat' . Dia juga bukan jenis berkira dengan pekerja-pekerjanya. Setiap hari dia akan belanja kami makan di kedai makanan Thailand (di depan pejabat), selepas waktu pejabat.
"Rindu akan lawak-lawak tanpa batasannya di pejabat, joke dia real (jenaka beliau memang kelakar). Walaupun Mr Mann suka berangan, dia akan realisasikan (angan-angannya)," katanya kepada Bernama.
Dedah beliau lagi, Allahyarham juga sering mengajak pekerjanya "lepak" (bersantai) dan menonton video di kediaman penghibur itu di Jalan Setia Kasih, Damansara.
Mohd Shuib yang kini bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Inggeris di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkata hubungan baiknya dengan penyanyi hebat Anita Sarawak menjadi titik tolak akan keakraban beliau dengan Allahyarham Sudirman.
"Saya mengenali Kak Nita (Anita) terlebih dahulu. Kami sering berbual di telefon semasa (saya) menuntut di Christ College University, Canterbury, United Kingdom. Kak Nita ada bercerita tentang saya kepada arwah Sudirman, dan dari situ saya fikir Mr Mann berasa selamat untuk berkawan dengan saya.
"Pernah satu hari, Mr Mann meminta saya mengambil duitnya di dalam sebuah briefcase di pejabat, dan kalau tidak silap ada dalam lingkungan RM5,000. Seingat saya, selepas saya serahkan duit itu, dia langsung tidak kira semula," katanya yang tidak menyangka sebegitu sekali tahap kepercayaan Allahyarham kepadanya.
Menghembuskan nafas terakhir pada 22 Feb 1992 di usia 37 tahun selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru, Sudirman merakamkan 15 buah album studio, 52 album kompilasi selain memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa sepanjang pembabitannya dalam dunia seni.
Malah, beliau merupakan artis pertama tanah air yang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London pada 1989, menyertai senarai penghibur terkemuka antarabangsa yang mengadakan konsert di situ.
Antara lagu-lagu popular Sudirman yang masih bermain di corong radio dan menjadi pilihan pendengar ialah Merisik Khabar, Nilai Cintamu, Milik Siapakah Gadis Ini, Terasing, Anak Gembala, Pelangi Petang, Salam Terakhir, Kau Akan Kembali dan pelbagai lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Habsah ketika ditemuramah di pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini. -- fotoBERNAMA
Lebih 350 trak UNICEF memasuki Semenanjung Gaza
Lebih 350 trak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memasuki Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata sebagai usaha mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak.
10 Berita Pilihan - (28 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Puluhan ribu warga Palestin meneruskan perjalanan ke utara
Puluhan ribu warga Palestin meneruskan perjalanan di sepanjang pesisir Laut Mediterranean pada Selasa untuk pulang ke kampung halaman di utara Gaza. Pada lewat Isnin, pasukan Hamas mengesahkan lebih 300 ribu telah melintasi bandar Gaza dan pinggir utara kawasan enklaf tersebut.
AS dilaporkan akan henti salur bantuan perubatan atasi penyakit kronik
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa akan mengambil langkah menghentikan pembekalan ubat-ubatan bagi penyakit HIV, Malaria dan Tuberkulosis, serta bekalan perubatan untuk bayi baru lahir di negara-negara yang menerima sokongan daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa (USAID) di seluruh dunia.
Fasiliti kesihatan di Goma dibanjiri mangsa cedera
Fasiliti kesihatan di Goma dilaporkan dibanjiri dengan pesakit yang mengalami kecederaan tembakan sehari selepas pemberontak yang didakwa disokong Rwanda memasuki bandar terbesar di timur Congo.
Ketegangan di Congo, Goma berisiko jadi medan pertempuran
Kekacauan di Kinshasa berlaku ketika keganasan antara tentera Congo dan pemberontak M23, yang didakwa mendapat sokongan Rwanda, semakin memuncak di sekitar bandar Goma di timur negara itu.
Air Busan terbakar di landasan lapangan terbang
Sebuah pesawat Air Busan dilapor terbakar di Lapangan Antarabangsa Gimhae di Busan, Korea Selatan pada Selasa.
Menurut laporan agensi Yonhap, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam waktu tempatan ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas ke Hong Kong.
Menurut laporan agensi Yonhap, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam waktu tempatan ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas ke Hong Kong.
Harap sambutan dapat kukuhkan semangat kebersamaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada Rabu, menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
Katanya, dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni tahun baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.
Katanya, dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni tahun baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.
Dewan Rakyat Filipina lulus resolusi khas iktiraf usaha Parlimen Malaysia perluas kerjasama serantau
Dewan Rakyat Filipina Pada Selasa meluluskan satu resolusi khas bagi mengiktiraf usaha dan komitmen Parlimen Malaysia dalam memperluas kerjasama antara Parlimen serantau.
Sudirman wajar diberi pengiktirafan lebih besar - Sahabat
Tarikh 25 Mei ini sangat penting dalam sejarah muzik negara untuk diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Sudirman.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Rumah Allahyarham Sudirman membesar kini terbiar
Rumah penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad di Kampung Tok Embun dekat Mentakab didakwa terbiar.
#PeristiwaHariIni: Penghibur legenda Sudirman Haji Arshad meninggal dunia (1992)
Seniman serba boleh itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi 22 Februari 1992 di kediaman kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur.
NJOI sajikan tujuh hari tontonan tambahan menerusi Selamat NJOI Bersama
Pelanggan NJOI berpeluang menikmati tujuh hari tontonan tambahan dengan membuat pembelian saluran ala-carte untuk 30 hari tontonan.
Bersatu dalam lagu... ini 'playlist' yang setiap rakyat Malaysia patut ada!
Pastinya, antara cara paling berkesan tentunya melalui lagu kerana kadangkala bukan dari mata tapi dari telinga, boleh jatuh terus menyerap ke sanubari.
Siti Nurhaliza rakam semula lagu Teratai Menjelma nyanyian Sudirman dalam ManifestaSITI2020
Setelah hampir empat tahun menanti, akhirnya penantian itu kini berakhir.
Sudirman penyanyi yang amat menghargai peminatnya - Bekas pengurus
Arwah juga menandatangani 10,000 hingga 15,000 kad raya khas buat peminatnya.
Google mengenang hari kelahiran Sudirman dengan 'Doodle'
Ilustrasi tersebut memaparkan Sudirman sedang membuat persembahan di atas pentas.
Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkongsi gambar sehelai wang kertas RM1 lama di laman sosialnya yang disifatkan sebagai kenangan terindah bersama Sudirman.