NEW DELHI: Pelakon Bollywood Amitabh Bachchan dilaporkan mengalami kecederaan di set penggambaran seterusnya mengakibatkan masalah pergerakan dan pernafasan yang "menyakitkan".
Memetik CNN, Bachchan mengalami kecederaan otot koyak dan patah tulang rusuk selepas cedera ketika menjalani penggambaran adegan aksi untuk filem terbarunya "Project K" di bandar selatan Hyderabad.
Menulis di blog rasminya pada Ahad, pelakon veteran itu memaklumkan sedang berehat di rumah di Mumbai dan akan mengambil masa beberapa minggu sehingga pulih.
“Sukar atau biar saya katakan… Saya tidak akan dapat bertemu mereka yang mendoakan kesihatan saya di Jalsa Gate petang ini,” tulis Bachchan, merujuk kepada ritual mingguannya bertemu peminat di luar kediamannya di pinggir bandar Juhu.
Pelakon berusia 80 tahun ini juga memohon para peminat untuk tidak menunggu di luar kediamannya buat masa ini.
“Jadi jangan datang … dan maklumkan kepada mereka yang berniat untuk datang,” ujarnya lagi.
Bachchan yang pernah membintangi sekitar 200 buah filem sepanjang kariernya yang menjangkau lebih lima dekad menjadi pujaan jutaan peminat Bollywood di seluruh dunia.
Terdahulu, selepas dia mengalami kecederaan yang mengancam nyawa di set pada tahun 1982, para peminatnya melancarkan mogok lapar malah salah seorang peminat sanggup berjalan 482 kilometer (300 batu) ke belakang untuk berdoa agar dia sembuh.
Bachchan membuat kemunculan pertama dalam industri perfileman Bollywood, pada tahun 1969 menerusi filem Saath Hindustani yang diterjemahkan kepada Seven Indians.
Beliau meraih status superstar selepas kejayaan membawa peranan utama dalam filem blockbuster bertajuk "Don" pada 1978.
Sepanjang kerjayanya yang cemerlang, Bachchan melakonkan pelbagai watak dalam genre filem berbeza antaranya keluarga, aksi dan drama.
Agensi
Mon Mar 06 2023

Pelakon veteran itu memaklumkan sedang berehat di rumah di Mumbai dan akan mengambil masa beberapa minggu sehingga pulih.- Sumber foto IG Amitabh Bachchan
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.

Sangkut dalam kesesakan, Amitabh Bachchan tumpang motor ke set penggambaran
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.

Sukar bergerak, Amitabh Bachchan cedera di set penggambaran 'Project K'
Pelakon Bollywood Amitabh Bachchan dilaporkan mengalami kecederaan di set penggambaran seterusnya mengakibatkan masalah pergerakan dan pernafasan yang "menyakitkan".

Amitabh Bachchan menang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Arab Saudi
Amitabh Bachchan membawa pulang trofi di Anugerah Joy 2023 atas sumbangannya kepada industri perfileman India.

Jawab soalan mengenai Perdana Menteri Malaysia, lelaki warganegara India menang RM34,180
Nama Anwar Ibrahim dan Malaysia disebut dalam program "Who Wants to Be a Millionaire" versi negara India.

Amitabh Bachchan larang guna nama, gambar dan suara
Amitabh Bachchan memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi Delhi untuk melarang individu atau syarikat menggunakan nama, gambar, suara dan personaliti keperibadiannya tanpa kebenaran.

'Gambar saya pun kena kutuk' - Amitabh Bachchan mengaku pernah jadi mangsa buli siber
Karyawan seni Bollywood ini berkata akan sangat berhati-hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya.

Usia cecah 80 tahun, Amitabh Bachchan selamba buat adegan aksi sendiri
Amitabh mengejutkan kru penggambaran sebuah iklan komersial apabila menolak menggunakan 'stuntmen' dan melakonkan sendiri babak aksi.

"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.

Amitabh Bachchan balas 'nakal' komen netizen minta tulis dalam Hindi
Setakat pukul 9.30 malam, tweet beliau itu diulang ciap lebih 1,200 kali dan menerima lebih 26,000 tanda suka di platform media itu.