KUALA LUMPUR:Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akui pengiktirafan yang bakal diabadikan di Walk of Fame, Adelaide, Australia sebagai satu sumbangan selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri seni suara.
Bagi anak jati Kuala Lipis, Pahang ini dia cukup gembira dan terharu sebaik menerima pesanan emel daripada pihak penganjur atas pengiktirafan tersebut.
“Saya sangat gembira dan terharu, berita ini saya dapat menerusi emel, mereka pihak penganjur emel ke syarikat saya.
“Alhamdulillah, ia bermula dengan pada tahun lalu konsert saya di Adelaide dan selepas itu pihak penganjur mencalonkan saya yang telah membuatkan konsert pada tahun lalu itu untuk kategori Walk of Fame.
“Jadi, Alhamdulillah menjadi rezeki sayalah untuk terpahatnya nama Siti Nurhaliza di Walk of Fame di Adelaide,” katanya kepada Astro AWANI.
Pada masa sama, penyanyi yang berusia 41 tahun itu turut menyatakan bahawa kejayaan itu adalah satu usahanya dalam terus memperkenalkan nama dan budaya Malaysia di persada dunia.
Beliau nyatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan sokongan yang diberikan dan sebagai anak seni beliau berpeluang untuk memperkenalkan budaya Malaysia di luar negara.
“Ini salah satu daripada apa yang boleh saya sumbangkan melalui kerjaya seni yang saya telah pun abadikan selama 25 tahun.
“Sebagai duta kecil, membawakan lagu ciptaan Malaysia, lagu-lagu irama Malaysia, dan Alhamdulillah semasa konsert Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival berlangsung pada tahun lalu, ia berlangsung dengan begitu baik sekali," ujarnya.
BACA: Tahniah! Siti Nurhaliza terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
Faris Danial Razi
Tue Dec 22 2020
Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akui pengiktirafan yang bakal diabadikan di Walk of Fame, Adelaide, Australia sebagai sumbangan selepas 25 tahun berkecimpung dalam kerjaya seni. - Instagram @ctdk
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.