DALAM masa tidak sampai setengah tahun, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi diuji kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
Selepas kehilangan bonda, Allahyarham Hasnah Abu pada Oktober lalu, Abby diuji dengan pemergian bapanya, Allahyarham Abdul Manan Tadin, 87, pada Selasa.
Abby memaklumkan jenazah arwah bapa dimandikan di Masjid Asobirin AU5C dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, selepas solat Zohor semalam.
Berita sedih pemergian arwah bapa dikongsi Abby menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG).
Kata Abby banyak jasa bapanya kepada dia dan keluarga sehingga dia merasa cukup atas kasih sayang yang diberikan.
"Saya bersaksi bahawa ayah ini menjaga saya dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada anak-anaknya.
"Banyak sifat baik ayah, tapi yang paling dekat, ayah suka bersedekah. Walaupun tak banyak mana, tapi ayah suka berbelanja untuk memberi kepada orang lain.
"Memang ada yang kurang sebab ayah anak ramai. Tapi untuk bahagian saya, saya merasa cukup.
"Terima kasih ayah, sungguh adik rindu," tulis Abby.
Bagaimanapun, Abby tidak berkongsi secara terperinci mengenai maklumat kematian arwah bapa, tetapi sebelum ini, ibu kepada enam cahaya mata itu pernah berkongsi keadaan bapanya yang sudah uzur.
Terdahulu, Abby kehilangan arwah ibu selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Oktober lalu. -- Gempak
Gempak
Wed Mar 08 2023

ABBY: "Memang ada yang kurang sebab ayah anak ramai. Tapi untuk bahagian saya, saya merasa cukup." - Gempak

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Abby Abadi ditipu 'scammer', rugi RM18,500
Abby Abadi berputih mata apabila wang RM18,500 lesap begitu sahaja selepas ditipu skim pelaburan atas talian.

'Siapa yang bersumpah, junjung al-Quran tu?' - Abby Abadi tepis dakwaan kakak 'mangsa penyondol'
Abby mengakui mereka ada berjumpa tanpa mengetahui cerita sepenuhnya, namun kedatangan dia bersama keluarga bukan untuk memohon maaf seperti didakwa.

'Nanti saya jawab' - Abby Abadi komen dakwaan anak gadis terkait skandal suami orang
Hantaran itu difahamkan merujuk kepada spekulasi yang tular di media sosial mendakwa anak perempuannya itu terkait dengan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

"Sungguh adik rindu" - Selepas ibu, bapa Abby Abadi pula meninggal dunia
Dalam masa tidak sampai setengah tahun, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi diuji kehilangan kedua-dua ibu bapanya.

'Baru saja saya duduk mengadap mak' - Ibu Abby Abadi meninggal dunia, pengsan ketika rawatan dialisis
Ibu kepada pelakon Abby Abadi, Hasnah Abu menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, dipercayai pengsan selepas menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

'Dah 2022, tolong ubah mentaliti' - Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman
Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga bahagia mereka.

Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan
Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.

"Mama dan abah rindu dia" - Abby kongsi rakaman kasih sayang buat arwah anak
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.

'Tarik mama abah masuk syurga nanti ye sayang' - Abby Abadi
Abby dan suami tiada di sisi anaknya kerana berada di Mekah kerana menunaikan umrah bersama keluarga sejak dua hari lalu.

"50/50 peluang untuk hidup" - Abby Abadi mohon peminat doakan Baby Danial
Pelakon Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayi lelakinya yang kini berada dalam keadaan tenat di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU).