SENIWATI Datuk Fauziah Nawi terkejut dan tidak menyangka selepas 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni akhirnya beliau menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk semalam.
Namun Fauziah, 70, tetap bersyukur kerana berpeluang menerima penghargaan itu ketika beliau masih hidup dan berkarya.
"Sejujurnya saya sememangnya terkejut dan tidak mengharapkan apa-apa tapi sangat bersyukur apabila penghargaan ini diberikan ketika saya masih bernyawa.
"Saya juga bersyukur kerana banyak pihak membantu saya semasa perjalanan karier saya sehingga di mana saya ada sekarang.
"Cuma saya sedih kerana ketika saya dapat penghargaan ini... mak bapa saya tak ada. suami tak ada anak lelaki saya pun tiada meninggalkan saya tak dapat menyaksikan," katanya kepada Gempak.
Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ibu ditemui di Gempak ketika Konsert FYP MeleTop yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Selasa.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail pada hari yang sama.
Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Pun begitu, Fauziah memberitahu pengiktirafan yang diterima itu sangat bermakna buat diri dan kerjayanya selama ini.
"Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberikan erti dan makna yang cukup indah buat saya.
"Apa yang pasti, ini adalah tanggungjawab besar untuk saya terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya.
Fauziah merupakan seorang yang ceburkan dir dalam bidang juruhebah radio, pengarah, pelakon, penyanyi dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008). - Gempak
Gempak
Wed Jul 05 2023

Fauziah Nawi terkejut dan tidak menyangka selepas 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni akhirnya beliau menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk semalam.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

"Syukur... penghargaan ini diberikan ketika masih hidup"- Fauziah Nawi
Pelakon Fauziah Nawi tidak sangka terima gelaran Datuk selepas 50 tahun jadi anak seni.