Pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza Tunku Khalid teruja apabila filem pertama arahannya terpilih antara lima produksi tempatan yang bakal ditayangkan di Cannes, Perancis sempena Marchu du Film 2016 bermula 17 Mei ini.
Katanya, dengan kehadiran Redha di Cannes nanti, ia sedikit sebanyak akan membuka mata sesetengah pihak (terutamanya pemerhati filem antarabangsa) bahawa filem sebegini juga ada di Malaysia.
"Saya harap filem ini dapat membuka perhatian antarabangsa memandangkan austisme subjek yang universal sifatnya.
"Sambutan dingin terhadap filem Redha amat mengejutkan saya kerana ia bukan sahaja membawa cerita tentang austisme semata-mata.
"Ia turut membabitkan subjek kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan yang merupakan ramuan harian semua orang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah Tunku Mona, pemilihan filem ini oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedikit sebanyak mengubat kekecewaan apabila filem ini kurang mendapat sambutan di panggung.
"Masa FINAS cakap nak bawa ke Cannes, melompat-lompat la saya, lagipun inilah filem pertama saya.
"Tak sangka pula filem yang kurang dapat sambutan diajak pergi ke Cannes untuk tayangan di sana dan semestinya semua akan rasa teruja dan bersyukur," tambahnya.
Empat filem lain yang turut terpilih ialah Hoka Hey 'A Good Day To Die', You Mean The World To Me, Taiping Adagio dan Pekak.
Redha yang dilakonkan Namron, June Lojong, Remy Ishak dan Nadiya Nisaa sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia memberi inspirasi kepada masyarakat kerana mengetengahkan cabaran dilalui keluarga yang mempunyai anak autistik.
Hilal Azmi
Mon May 02 2016

Pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza Tunku Khalid teruja apabila filem pertama arahannya terpilih antara lima produksi tempatan yang bakal ditayangkan di Cannes, Perancis. - Foto Facebook REDHA

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Malaysia antara 93 negara hantar filem ke Oscar
Malaysia turut menyertai senarai itu dengan filem "M for Malaysia" arahan Ineza Rousille dan Dian Lee.

Ma Dong Seok 'reject' tawaran Hollywood demi filem Korea
Ma Dong Seok terpaksa menolak tawaran berlakon dalam 'John Wick 3' kerana sibuk dengan penggambaran untuk 'The Gangster, The Cop, The Devil'

Datuk Rohana Rozhan bakal terima Anugerah TV antarabangsa
Anugerah ini diberikan kepada individu yang mempamerkan kepimpinan, kreativiti dan inovasi, dan yang mengubah pasaran televisyen global.

Tak laku di negara sendiri, filem Redha cari peluang di Cannes
Pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza Tunku Khalid teruja apabila filem pertama arahannya terpilih antara lima produksi tempatan yang bakal ditayangkan di Cannes.

Filem lakonan Maya Karin, Nota ditayangkan di Cannes
Filem tempatan arahan pengarah Jepun Yasu Tanaka, "Nota" ditayangkan di Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung di sana.

Norman jawab isu cetak rompak lagu baharu Wings menerusi YouTube
Norman dalam kenyataannya menyatakan rasa simpati terhadap perkara yang berlaku kerana Wings sudah lama menanti kehadiran album baru mereka.

MIPTV mahu Malaysia jadi tuan rumah 2016 - Finas
Program televisyen terbesar dunia (MIPTV) menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah acara itu pada tahun 2016.