Bagai mengubati kerinduan, itu juga yang dilakukan oleh Nine apabila hadir dengan buah tangan terbaharu untuk peminat. Dia yang baru sahaja melancarkan lagu Rindumu Memanggilku pada 6 Jun yang lalu gembira apabila naskhah tersebut akhirnya menemui mereka setelah lama menanti.
Pada dasarnya, Nine yang sebelum ini mencipta nama bersama kumpulan Phyne Ballerz sudah sedikit sepi tanpa sebarang lagu baharu. Namun, kerinduan untuk kembali aktif dalam industri muzik membuatkan dia tekad kembali ke studio rakaman dengan karya berkenaan.
“Memang agak lama sebenarnya saya tidak hadir dengan produk baharu dan apabila diberikan kesempatan untuk merakamkan Rindumu Memanggilku, ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
“Lagi satu ini merupakan kerjasama pertama saya dengan Ajai selaku komposer, pastinya saya berbesar hati dan gembira. Ini memang satu pengalaman yang menarik dan manis buat saya secara peribadi,” kata Nine.
Bergerak solo?
Sebetulnya, Rindumu Memanggilku merupakan lagu solo pertama penyanyi ini sejak bergelar anak seni pada tahun 1999. Jelasnya, dia pernah bersama Phyne Ballerz pada awal kemunculan sebelum ‘berhijrah’ seketika bersama Ruffedge pada 2008 hingga 2011 dan bersama duo Billy Zulkarnain pada 2018.
Pastinya pengalaman baharu dicipta oleh Nine tatkala merakamkan lagu secara solo kali ini. Perasaan bercampur baur untuk bergerak secara sendirian mula dirasai sementelah selama ini dia tidak pernah berkeseorangan dalam melakukan aktiviti promosi dan sebagainya.
“Perjalanan yang akan ditempuhi kali ini memang berbeza jika mahu dibandingkan dengan dahulu. Ini merupakan pengalaman baharu dan saya gembira untuk memperkenalkan nama Nine kepada peminat generasi baharu dan dalam masa yang sama melepas rindu peminat yang lama,” ungkapnya lagi.
Jatuh cinta
Rindumu Memanggilku merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Ajai. Nine pula mengakui dia sudah tertarik tatkala mendengarkan lagu ini buat pertama kali meskipun komposer berkenaan ada memberikan beberapa lagu lain untuk diperdengarkan.
Jelasnya, ada banyak kekuatan dan keistimewaan yang ada pada naskhah berkenaan dan apa yang paling penting ia tidak lari jauh daripada muzik RNB yang menjadi ‘nadi’ Nine sejak dahulu lagi.
Bercerita mengenai pengalaman pertama kali merakamkan lagu dengan Ajai, Nine gembira kerana proses berkenaan berlangsung dengan baik tanpa ada banyak masalah. Jelasnya dia sudah mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum masuk ke studio.
“Sebagai penyanyi kita perlu mengkaji dahulu lagu berkenaan dan membuat latihan. Bila dah bersedia dengan semuanya, proses rakaman tak akan memakan masa yang panjang sebab kita dah bersedia.
“Sebab itu saya berharap Rindumu Memanggilku akan diterima baik oleh pendengar memandangkan ini merupakan hasil kerjasama semua pihak profesional yang mahu memastikan karya ini berkualiti,” katanya yang kini menguruskan bisnes keluarga dalam bidang seni bina.
Hilang orang tersayang
Lagu ini berkisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan orang tersayang dalam sebuah perhubungan. Saban hari rasa rindu mula menguasai diri sehinggakan segala kenangan bersama kembali dalam ingatan.
Bagi Nine atau nama sebenarnya Mior Zulkarnain bin Mohd Zamhuri, isi ceritanya bukanlah untuk menambah kepedihan sebaliknya mahu bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya berharap lagu ini akan diterima baik oleh pendengar. Kita dah berusaha dan selebihnya saya serahkan kepada Allah sahaja. Setidaknya saya mahu lagu ini mengembalikan semula nama Nine untuk terus diingati,” tambahnya lagi.
Sebagai info, Rindumu Memanggilku merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music.
Lagu ini juga sudah berada disemua platform digital dan muzik video (MV) pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music mulai 6 Jun yang lalu. - Gempak
Gempak
Sat Jun 24 2023
![Tak pernah berseorangan, Nine GV5 kini nekad gerak solo Tak pernah berseorangan, Nine GV5 kini nekad gerak solo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687625713_NineGV.jpg)
Pada dasarnya, Nine yang sebelum ini mencipta nama bersama kumpulan Phyne Ballerz sudah sedikit sepi tanpa sebarang lagu baharu. - Gambar Gempak
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737947797_YouTubeiklan.jpg)
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
![YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737603310_tbYouTubePremium.jpg)
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
![Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025 Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684792596_KhairulHafizJantan.jpg)
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
![Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610011756_Mukhriz.jpg)
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
![YouTube mula banteras video dengan tajuk, grafik umpan klik YouTube mula banteras video dengan tajuk, grafik umpan klik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734668458_tbclickbaitYouTub.jpg)
YouTube mula banteras video dengan tajuk, grafik umpan klik
Tajuk video dan imej kerdil yang digunakan tidak serasi dengan kandungan sebenar video sehingga menimbulkan kemarahan penonton.
![Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713234741_YouTUBE.jpg)
Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti
Menerusi kerjasama ini, YouTube akan memastikan bahawa imej pelanggan CAA yang digunakan untuk menghasilkan video palsu dijana kecerdasan buatan (AI) yang tidak dibenarkan akan dibuang dengan segera.
![YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733887886_YouTubeAutoDubbin.jpg)
YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI
YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate.
![Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351 Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731665532_TBSCAMFACEBOOK.jpg)
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
![YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731642382_Jewels.jpg)
YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.
![Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17 Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730070069_tbYDPASultanIbrah.jpg)
Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17
Dokumentari khas Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu disiarkan di YouTube rasmi Sultan Ibrahim.