SETELAH sekian lama membuatkan peminatnya ternanti-nanti, penyanyi Taylor Swift akhirnya menayangkan klip video single terbaharunya, 'Ready For It?' menerusi saluran TaylorSwiftVEVO hari ini.
Video itu setakat ini sudah mencatat lebih daripada 1.2 juta tontonan dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik.
Seperti biasa, Swift akan menampilkan kelainan dalam setiap klip video dan kali ini mewujudkan watak cyborg yang menyerupai beliau.
Menerusi video tersebut, Swift kelihatan cuba untuk keluar daripada imej 'gadis baik' apabila cyborg yang menyerupai rupanya itu tampil dengan kostum mengikut bentuk tubuh dan berwarna kulit, seolah-olah tidak berpakaian.
Lagu 'Ready For It?' merupakan single kedua bagi album 'Reputation'.
Klip video itu sebelum ini ditayangkan secara ringkas menerusi akaun Instagram Swift pada Isnin.
Video klip bergenre fiksyen sains itu diarahkan Joseph Kahn, mengisahkan pertempuran antara cyborg.
Swift sebelum ini menggunakan penampilannya dalam video klip untuk bersaing dengan rakan seangkatannya seperti Katy Perry.
Video ini juga sinonim dengan konsep pergaduhan dua watak wanita seperti mana yang pernah diterbitkan Swift dalam video terdahulu seperti video klip 'Bad Blood'.
Astro Awani
Fri Oct 27 2017

Klip video itu sebelum ini ditayangkan secara ringkas menerusi akaun Instagram Swift pada Isnin. - Gambar fail
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.#AWANInews
Inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi PKMS
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjelaskan inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi PKMS
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Android System SafetyCore - ciri amaran banteras kandungan tidak senonoh
Dalam penyenaraian di Play Store, SafetyCore dinyatakan adalah aplikasi sistem untuk mengendalikan ciri keselamatan dalam peranti Android.
AWANI Ringkas: LRT3 dijangka mula operasi 30 September depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 diserahkan kepada Zambry
Pelan ini disiapkan dalam tempoh sembilan bulan melalui penyelidikan dan sesi libat urus bersama lebih 8,226 pihak berkepentingan.
Langkah-langkah bagi mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL)
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjelaskan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL)
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.
Inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan
Menteri JPM (Wilayah Persekutuan) akan mempertimbangkan dan dalam usaha mengangkat martabat penghibur jalanan di bandaraya kuala lumpur
“Ini tumpuan pelancongan bukan sahaja pelancongan antarabangsa tetapi pelancong domestik”
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Ini tumpuan pelancongan bukan sahaja pelancongan antarabangsa tetapi pelancong domestik”
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Chile: Bekalan elektrik terputus, 3 maut dan 98 peratus penduduk terjejas
Menteri Kesihatan mengesahkan ketiga-tiga pesakit bergantung sepenuhnya pada peralatan sokongan hayat berkuasa elektrik.

Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental - Pakar psikologi
Katanya, tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem.

Taylor Swift tampil sebagai cyborg 'berbogel'
Swift menampilkan kelainan dalam setiap klip video beliau dengan kali ini mewujudkan watak cyborg yang menyerupainya.

Video muzik Taylor Swift cecah 5 juta tontonan dalam masa 24 jam
Bad Blood mencecah tontonan lebih 5 juta hanya dalam masa 24 jam.

Taylor Swift ajak rakan artis 'belasah' Katy Perry
Lagu "Bad Blood" diinspirasikan daripada hubungan dingin antara Taylor Swift dan Katy Perry.