Dramatis terkenal Nabila Huda, tidak mahu menjadi jahat dan dibenci kerana sering memberikan 'persembahan luar biasa' jika diberikan watak antagonis.
Pendiriannya itu disebut beberapa kali ketika ditemui Astro AWANI, sebaik selesai pementasan teater Lela Manja di Istana Budaya pada Ahad, yang turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Aeril Zafril, Hafidz Roshdi, Sari Yantie dan ramai lagi.
"Watak wanita jalang, ibu tiri yang jahat dan nenek kebayan dalam teater ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pementasan seperti ini, meskipun ada yang mengatakan, mudah bagi saya untuk membawakan watak seperti itu", tegas anak kepada penyanyi rock Amy Search ini.
Jelasnya lagi, jalan cerita yang diadaptasi daripada filem karya Jamil Sulong itu memerlukan dirinya memikul satu tanggungjawab besar. Ini kerana, Nabila yang memikul watak Dang Suri perlu dibandingkan dengan 'kehebatan' primadona terkenal seniwati Normardiah menerusi filem penuh emosi itu.
Pertama kali menuntut ilmu - Aeril Zafril
Bagi Aeril Zafril pula, pelakon itu kelihatan masih mengah ketika melangkah masuk untuk sesi bertemu peminat di bilik khas. Sempat ketika duduk sekejap di kerusi, Aeril mengatakan dia agak kepenatan kerana hampir setiap kemunculan, dia perlu 'beraksi'. Apatah lagi, sesi pementasan pada malam Sabtu, belum cukup untuknya berehat.
"Jika dibandingkan dengan drama, teater lagi penat," ujarnya.
Aeril yang pertama kali beraksi di Istana Budaya; yang disenaraikan antara 10 panggung paling canggih di dunia, juga berkata: "Saya datang dengan tangan kosong. Semua ini saya belajar selama dua minggu; lepas raya. Silat pun saya tak tahu. Saya buat 'homework' tengok filem-filem lama untuk biasakan diri dengan lenggok bahasa. Saya juga belajar cara pahlawan berjalan."
Meskipun sudah lama dalam industri hiburan, beberapa kali pelakon berusia 27 tahun ini, meminta pendapat tentang mutu lakonannya selaku 'orang baharu' di pementasan teater. Begitupun, kemunculannya sebagai watak Manja dewasa, dinanti-nantikan ramai dengan mendapat tepukan gemuruh penonton.
Apa komen penonton
"Set pentas cantik. Ada 'effort' berbanding teater yang lain," itu komen Dr Dzulfikar Samsudin yang berpuas hati dengan mutu lakonan barisan pelakon. "Cuma elemen jenaka perlu ditambah ataupun digilapkan lagi, supaya penonton lebih terhibur."
"Disebabkan keperluan menjaga jalan cerita, banyak pertukaran set sedikit menjejaskan emosi dan momentum. Tetapi kerana ada barisan pelakon yang hebat seperti Nabila, Aeril dan semuanya, kelemahan itu boleh ditolak tepi," itu komen Dr Fairuz Shahidan selaku penonton yang sudah lama menantikan persembahan pementasan lebih baik.
Penuh emosi
Selain itu, dua pelakon kanak-kanak Izzya Reen dan Wafiy yang memikul watak Lela dan Manja; ketika kecil wajar diberi pujian. Kelihatan beberapa penonton terdiam seketika, pada babak Lela dan Manja mengunjungi pusara ibunya - ditambah lagi dengan elemen tarian dan susunan muzik latar.
Watak Megat Komeng, lakonan Jay Iswazir yang menyimpan dendam atas kematian bapanya Megat Sura, 'sampai' kepada penonton. Tidak kurang juga, pengikut Komeng, yang dibawa oleh pelakon Syazwan Zulkifli; selaku Panglima Harimau Berantai.
Memang diakui, dari segi rekaan set, ia menampakkan kesungguhan dalam setiap babak dan susunan cerita.
Turut menyerikannya, tiga lagu baharu yang disusun bagi mewarnai filem ini. Lagu Kiasan Rindu, Serampang Serumpun dan Dakapan Ibu digubah oleh Rosli Abu Bakar, manakala liriknya ditulis oleh penulis lirik lagu Cindai, Hairul Anuar Harun yang juga selaku penulis skrip teater ini.
Teater Lela Manja arahan Ramli Lani ini akan sekali lagi dipentaskan pada 29 & 30 Julai ini jam 8 malam, manakala pada 31 Julai, jam 3 petang dan tiket dijual pada harga RM33, RM73, RM103, RM153, RM203 dan RM253.
Tempahan boleh dibuat di www.AirAsiaRedTix.com atau di kaunter box office Istana Budaya.
Helmi Majid
Mon Jul 25 2016
Teater Lela Manja sekali lagi dipentaskan pada 29 & 30 Julai ini jam 8 malam, manakala pada 31 Julai, jam 3 petang.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Pengguna Twitter mohon maaf fitnah Aeril Zafril, Wawa Zainal
Azrulfitri Azimi mengakui selama ini dia telah bersangka buruk terhadap Aeril dan Wawa serta terkhilaf kerana tidak memeriksa tuduhan yang dilakukannya itu.
Pelakon Aeril Zafrel positif COVID-19
Kata Aeril, buat masa sekarang dia menjalani kuarantin kendiri di bilik atas kediamannya.
Pementasan malam gala 'Tanah Akhirku' hampir dibatal?
Semangat seluruh produksi memastikan pementasan itu terus berjalan seperti yang dirancang biarpun tanpa tajaan besar.
Teater Lela Manja: 'Saya bukan mahu jadi jahat' - Nabila Huda
Pemegang watak utama teater Lela Manja berkongsi pengalaman dalam menjayakan naskhah yang sebelum ini sinonim dengan nama-nama besar industri.
Aeril dan Wawa rahsiakan perkahwinan kerana status kontrak dengan MIG
Aeril Zafril dan Wawa Zainal menyatakan mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana status kontrak dengan MIG.