TEMAN lelaki Allahyarham Syazlin Zainal, Shaf Pablo mengakui berat untuk menerima takdir bahawa kekasihnya itu telahpun pergi mengadap Ilahi pada 10 November lalu.
Menerusi muat naik di IG Stories, Shaf akui reda dengan takdir Ilahi selain dirinya tidak sekali melupakan setiap kenangan manis dan pahit yang diharungi bersama Allahyarham.
“Terima kasih untuk segalanya sayang, saya takkan lupakan semua kenangan manis, suka duka dan gembira kita bersama.
“Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap, saya kena terima setiap yang hidup mesti akan merasa mati.
BACA: Pelakon drama Sitik Tok, Syazlin Zainal meninggal dunia
“Siapalah saya untuk menolak takdir, qada dan qadar. Walaupun berat, saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Shaf berkata dirinya akan berusaha meneruskan hidup sebaik mungkin tanpa kekasihnya lagi disisi.
BACA: Minta henti spekulasi, mohon hormat keluarga Syazlin - Sepupu
“Sayang, percayalah saya akan sedaya upaya untuk harungi liku kehidupan ini berseorangan tanpamu sayang, tapi semangat dan sayang akan saya bawa bersama sampailah tiba masa saya pun ke sana kelak (alam mati).
“Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalngan orang yang beriman. Tenanglah sayang, kekasihmu ini akan selalu merindui mu, Syazlin Suhaizan Zainal. Al-Fatihah,” tambahnya.
Terdahulu, Shaf yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat yang mana tempat Allayarham disemadikan malam tadi, enggan untuk ditemu bual pihak media kerana terlalu sedih.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allayarham.
Gempak
Sat Nov 12 2022

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Shaf berkata dirinya akan berusaha meneruskan hidup sebaik mungkin tanpa kekasihnya lagi disisi. - Astro GEMPAK

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Zahirah MacWilson dedah Syazlin Zainal pernah berkongsi sesuatu
Pemergian Allahyarhamah Syazlin Zainal bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga dan rakan terdekat, tetapi turut dirasai oleh pelakon Zahirah MacWilson.

'Terima kasih untuk segalanya, sayang ...' - Teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal
Teman lelaki kepada Allahyarhamah Syazlin Zainal, Shaf Pablo mengakui berat untuk menerima takdir bahawa kekasihnya itu telah pun pergi mengadap ilahi pada 10 November lalu.

Minta henti spekulasi, mohon hormat keluarga Syazlin - Sepupu
Syazlin ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar.

Pelakon drama Sitik Tok, Syazlin Zainal meninggal dunia
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal, 26, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.