TIDAK lengkap rasanya menyambut Syawal tanpa sebarang filem menarik khususnya yang sesuai ditonton seisi keluarga.
Setiap kali raya menjelma, pasti ramai ahli keluarga berkumpul di ruang tamu dan ketika inilah masa paling sesuai untuk menyaksikan filem yang boleh mengundang gelak ketawa dan mesej positif.
Berita baik buat anda semua, filem pelawak legenda Senario iaitu "Jaga-Jaga Senariounion" telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.
Menampilkan hampir kesemua ahli asal kumpulan Senario, jalan cerita kali ini menyaksikan pelbagai elemen lebih segar dan penuh plot twist.
Malah, ramai akui konsep filem terbaru ini agak berbeza dengan karya sutradara Aziz M Osman sebelum ini.
Jadi, apa kata layan filem "Jaga-Jaga Senariounion" sepanjang sambutan Syawal kali ini.
Sekadar info, Sekadar info, kisah "Jaga-Jaga Senariounion" bermula di hari majlis pernikahan anak Datuk Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.
Semuanya menjadi teka-teki.
Anda boleh melanggan dan saksikan "Jaga-Jaga Senariounion" Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Mon May 02 2022

Menampilkan hampir kesemua ahli asal kumpulan Senario, jalan cerita kali ini menyaksikan pelbagai elemen lebih segar dan penuh plot twist. - Gempak

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Teruja raya awal? Jom layan 'Jaga-Jaga Senariounion', pasti berdekah satu rumah
Filem "Jaga-Jaga Senariounion" telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.

'Kenduri nikah paling ribut!' - Penonton tersembur gelak, puas layan Jaga-Jaga Senariounion
Keterujaan luar biasa itu dilihat apabila ramai peminat meluahkan rasa puas mereka menonton filem berkenaan.

'Terima kasih tunai hajat kami' - Peminat teruja tonton Jaga-Jaga Senariounion
Ada yang berjaga tengah malam tadi menantikan tayangan awal pagi, namun tidak kurang juga mahu menonton dengan tujuan mengimbau kenangan lama.