ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang ke tanah air selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN, Solo, Indonesia.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Ziyad menyatakan rasa syukur selepas isterinya, Zafirah Nasir selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Ziyad juga mengakui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor.
“Alhamdulillah, pengalaman ini yang paling berharga dalam seumur hidup. Dapat menyambut anak sendiri kalau nak diceritakan memang sangat gemuruh.
“Tapi di sisi saya ada seorang doktor profesional yang selalu menjaga saya. Terima kasih memberikan pengalaman yang tak dapat di tukar ganti,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain, Ziyad juga turut berkongsi momen manis dengan memuat naik beberapa foto wajah anak ketiganya.
“Anak tunggu ayah pulang dari Para Asean Solo, Indonesia tetap tunggu ayah balik juga baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada di sini yang tersayang @zafira_nasir dan terima kasih doktor Khamsiah memberikan pegalaman yang berharga,” coretnya.
Terdahulu, Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra,5 dan Thariq Zavier, 3.-- Gempak
Gempak
Thu Aug 11 2022

Ziyad juga mengakui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor. - Gempak

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.

Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.

Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.

Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.

"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.

Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.

Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.

Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.

Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.

Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo