KUALA LUMPUR:Untuk menempa nama sebagai seorang seniman atau seniwati yang masyhur, perkara itu tidak berlaku sekelip mata.
Perjalanan untuk sampai ke puncak kejayaan haruslah diiringi oleh 1,001 pengalaman atau cabaran.
Dan pengalaman serta cabaran itulah mencipta memori yang indah untuk dikenang selepas berdekad-dekad menghiburkan masyarakat melalui platform seni yang dipilih.
Kerana itu, apabila seniwati Datin Sofia Jane berkongsi pelbagai foto serta coretan pengalamannya selama lebih tiga dekad dalam gelanggang seni di akaun Twitter peribadinya, ramai yang menyifatkan, perkongsian itu sesuatu yang sangat istimewa dan amat manis sekali.
Sofia jujur dalam penceritaannya. Koleksi foto peribadi yang dikongsinya pula mengingatkan sebilangan besar pencintanya terhadap jejak-jejak pendakiannya dalam bidang lakonan.
Dalam catatan imbas kembali (throwback) di akaun media sosial itu, pelakon berdarah kacukan Melayu – Inggeris itu bukan hanya berkongsi kisah klasik untuk dikenang beliau secara peribadi, namun, apa yang utama ialah nilai-nilai seorang anak seni yang kental dan begitu dedikasi terhadap kerjaya seninya di sebalik cerita itu yang wajar diberi tumpuan.
Astro AWANI menghubungi pelakon yang bakal menginjak usia 49 tahun pada 14 Februari ini, mengajaknya berkongsi apa sebetulnya yang mendorong beliau berkongsi foto dan cerita perjalanan seninya.
Sofia yang kini pulang ke tanah air dari Melbourne berkata, permulaan perkongsian itu bertitik tolak pada koleksi simpanan ibunya, Allahyarham Noreen Abdullah.
Kata Sofia, ibunya adalah tunggak kekuatan kejayaannya dalam bidang seni telah menyimpan sejumlah besar ‘khazanah’ berharga merangkumi pelbagai foto, keratan akhbar dan majalah serta rakaman drama-drama lakonannya.
Sebagai peminat nombor satu, Allahyarham Noreen mengambil usaha melakukan dokumentasi kerja-kerja seni Sofia sejak dari awal penglibatan anaknya itu dalam bidang lakonan.
Kata Sofia, beliau amat berterima kasih pada ibunya yang begitu teliti menyimpan koleksi berharga itu.
“Tujuan saya sekadar mahu mengembalikan memori atau nostalgia. Saya fikir, pengalaman bekerja di era dahulu harus dikongsi untuk memberi pendedahan kepada generasi baharu. Inilah juga yang saya anggap sebagai memorabilia saya,” kata aktres yang namanya melonjak di persada selepas membintangi filem Perempuan, Isteri dan … arahan U-Wei Haji Saari pada 1993.
Kata Sofia lagi, pengalaman dan ilmu yang diraihnya di era 1990-an masih tersimpan rapi di kotak fikirannya.
Menyedari masa tidak boleh diputarkan semula, maka, aktres filem Hanyut itu mengambil inisiatif berkongsi dengan peminat-peminatnya bagaimana jalinan kemesraan sesama rakan artis, wartawan dan peminat pada era berkenaan.
Ketika dunia komunikasi masih lagi bersifat konvensional, namun, kegembiraan dan kebahagiaan yang diraihnya serta rakan-rakan industri pada ketika itu, jelas Sofia, amat berharga.
Apa lagi ketika menerima kiriman surat atau poskad daripada peminat-peminat sehingga ada ketikanya berkarung-karung jumlahnya sesuatu yang tidak pernah diduga.
“Itulah media sosial kami. Melalui surat dan poskad hubungan dengan peminat terjalin. Segala-galanya terlalu sederhana, namun, semua itu terlalu indah untuk saya kenang,” kata Sofia yang mengakui hati kecilnya sangat tersentuh apabila mengenang kembali apresiasi peminat-peminatnya ketika itu.
Setiap kali duduk merenung dan meneliti satu persatu kenangan-kenangan silam itu, kata Sofia, beliau amat berterima kasih kepada dunia lakonan yang menawarkannya pengalaman yang terlalu berharga untuk dikenang dan dikongsi dengan anak-anak dan cucu-cunya kelak.
“Saya menjadi pelakon pada usia sangat mentah iaitu 17 tahun. Apa sangatlah yang saya tahu mengenai dunia lakonan. Namun, saya tidak pernah jemu belajar dan menimba pengalaman.
“Kerana itu, saya kongsi di Twitter pengalaman-pengalaman indah itu. Semua terlalu istimewa dan terlalu peribadi buat saya,” kata seniwati yang pernah membintangi hampir 20 buah filem, puluhan drama serta teater ini lagi.
Saharudin Musthafa
Mon Jan 25 2021
Foto lama Sofia Jane dan rakan karibnya, Ida Nerina yang dikongsi di Twitter.
Tipu umrah: Polis kesan terdapat unsur penipuan
Polis mengesan terdapat unsur penipuan berhubung kes sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.
Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
One Cent Thief: Ibu Zara kejam, tapi kejelitaan Sofia Jane buat penonton cair
Kejelitaan pembawa watak Ibu Zara dalam drama Astro One Cent Thief, Sofia Jane dari muda sehingga kini sudah berusia 50 tahun tetap memukau.
Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif
Kempen Apa Khabar Anak Seni menjadi ruang untuk kalangan pekerja industri kreatif bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.
Sofia Jane 'bengang', beri teguran berguna untuk pemandu e-hailing
Datin Sofia Jane, melontarkan rasa kurang senang terhadap segelintir pengguna jalan raya yang gemar melanggar lampu merah.
'I will never see my mother again' - Ibu Sofia Jane meninggal dunia
Berita itu disampaikan sendiri oleh Sofia Jane menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.
Bront Palarae lancar kempen kumpul dana biaya 'Dawn Raid'
'Dawn Raid' berkisarkan bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated pada tahun 1981 yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hanyut akhirnya 'sangkut'
Seperti yang diuar-uarkan sejak beberapa minggu lalu, filem arahan U-Wei Haji Saari itu akhirnya akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 24 November ini.
iFlix buka pintu untuk 'Pesan Dari Tuhan', Erma bersyukur
Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif iFlix Azran Osman-Rani terima cadangan untuk 'Pesan Dari Tuhan' ditayangkan di perkhidmatan penstriman itu.
AJK Baharu Seniman perjelas konflik dalam persatuan
Kenyataan media oleh Ahli Jawatankuasa Baharu Persatuan Seniman 2014/16 terhadap kenyataan Presiden Seniman "AJK Baharu hanya pandai cakap".
Filem Malaysia harus sampai ke tempat baru, kata U-Wei
Filem yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama, Hanyut akhirnya menjengah panggung di negara seberang Indonesia terlebih dahulu.