CEF selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan enggan mengulas lanjut mengenai isu dirinya didakwa curang dengan wanita berstatus isteri orang.
Menerusi laporan sebuah portal, Fikree berkata tindakannya itu adalah untuk menjaga aib isteri dan keluarganya.
"Tiada apa-apa yang hendak saya komen. Ini demi menjaga aib isteri, anak dan keluarga," katanya ringkas.
Semalam, isu rumah tangga Fikree bersama isterinya, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal mula menjadi bualan netizen selepas wanita melakukan pendedahan mengenai sikap suaminya dilaman Instagram miliknya, @zuriehanbenyahya.
Zuriehan juga turut mendedahkan Fikree pernah berbalas mesej berunsurkan lucah dengan seorang pengacara televisyen.
Fikree mula dikenali dengan program masakan Hello Bro Tolong Masak dan dia juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan Dapur Panas.
Untuk rekod, Fikree mula berkenalan dengan Zuriehan pada 2006 dan bertunang pada 2014. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik. - Sumber: MHE TV
Gempak
Wed May 29 2019

Fikree berkata tindakannya itu adalah untuk menjaga aib isteri dan keluarganya.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

"Tiada apa-apa yang hendak saya komen" - Chef Fikree tutup mulut isu didakwa curang
Mungkin itu lebih baik...
.jpg)
Saya cuci tandas untuk tambah pendapatan - Datuk Fazley
Cef selebriti terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob mengakui pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand.