PELAKON Didie Alias beryukur dapat bersama-sama menguruskan serta mengiringi perjalanan akhir bekas suaminya, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pada Khamis.
Kata Didie kepada Gempak, ia mengambil itu sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.
"Saya rasa ini tanggungjawab saya, walaupun arwah hanya bekas suami saya tapi dia adalah ayah kepada anak-anak saya.
"Syukur saya dapat selesaikan perjalanan terakhirnya. Ia diatur sangat baik dari nafas terakhirnya siang tadi sehingga ke liang lahad.
"Ini semua aturan Allah, saya secara ikhlas sudah reda dengan pemergiannya, malah sudah lama memaafkannya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.
Didie ditemui selepas selesai pengebumian Ridzuan Hashim di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada Khamis.
Dalam masa yang sama, Didie tidak menafikan bahawa dia sendiri masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Ridzuan kerana baru sahaja berjumpa selepas menghantarkan makanan pada malam semalam, sebelum hari kematiannya.
"Dia pergi tanpa memberi apa-apa petunjuk kepada kami. Saya juga masih terkejut dengan pemergiannya kerana baru sahaja malam sebelumnya kami berjumpa kerana saya datang ke rumahnya untuk menghantar rendang yang saya masak.
"Saya akan masak lebih di rumah dan sering juga hantar makanan untuknya dan anak kami Dhanial yang tinggal bersamanya.
"Dia suka masakan saya katanya 'rendang mommy sedap, memang champion'.
"Apa-apa pun kita semua akan mati, dia seorang yang tak suka nak susahkan orang lain dan Alhamdulilah dia pergi dengan cara yang baik," kongsinya lagi.
Terdahulu, Ridzuan, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas disyaki terkena serangan jantung pagi Khamis.
Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan Didie Alias sendiri menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang semalam.
Ridzuan berkahwin dengan Didie pada 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.
Gempak
Fri May 05 2023
![Tiada dendam, dia ayah kepada anak-anak saya - Didie Alias syukur dapat uruskan bekas suami Tiada dendam, dia ayah kepada anak-anak saya - Didie Alias syukur dapat uruskan bekas suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683252366_Belasungkawa.jpg)
Didie ditemui selepas selesai pengebumian Ridzuan Hashim di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada Khamis. - Foto Gempak
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
!['Welcome to the D's family' - Anak teruna Didie Alias selamat diijab kabul 'Welcome to the D's family' - Anak teruna Didie Alias selamat diijab kabul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684570878_DidieAlias.jpg)
'Welcome to the D's family' - Anak teruna Didie Alias selamat diijab kabul
Didie turut memanjatkan kesyukuran di atas kelancaran majlis tersebut serta gembira menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
![Arwah yang bawa saya dalam industri ini- Alyah dedah Ridzuan Hashim saudaranya Arwah yang bawa saya dalam industri ini- Alyah dedah Ridzuan Hashim saudaranya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683345459_Alyah.jpg)
"Arwah yang bawa saya dalam industri ini"- Alyah dedah Ridzuan Hashim saudaranya
Alyah mendedahkan Ridzuan Hashim mempunyai pertalian keluarga dengannya dan merupakan individu terawal yang membantu kerjaya seninya.
![Belasungkawa: Pengorbanan seorang Ridzuan Hashim; antara cinta dan kelangsungan hidup Belasungkawa: Pengorbanan seorang Ridzuan Hashim; antara cinta dan kelangsungan hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683270066_BelasungkawaRidzwan.jpg)
Belasungkawa: Pengorbanan seorang Ridzuan Hashim; antara cinta dan kelangsungan hidup
Malaysia kini kehilangan pelakon Ridzuan Hashim, anak seni yang berwibawa dan berjiwa besar.
![Tiada dendam, dia ayah kepada anak-anak saya - Didie Alias syukur dapat uruskan bekas suami Tiada dendam, dia ayah kepada anak-anak saya - Didie Alias syukur dapat uruskan bekas suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683252366_Belasungkawa.jpg)
Tiada dendam, dia ayah kepada anak-anak saya - Didie Alias syukur dapat uruskan bekas suami
Katanya, dia mengambil perkara itu sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.
![Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659413079_DidieAlias.jpg)
"Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia" - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah
Hentikan benda mengarut, nasihat Didie pada pihak yang heret Mak Wan Latah ke mahkamah.
![Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658372075_DidieMakWan.jpg)
Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi
Didie Alias harap isu Mak Wan Latah dapat diselesaikan secepat mungkin.
!['Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada 'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655435120_Didiealiasnasihat.jpg)
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
![Didie Alias hilang 5 ahli keluarga akibat COVID-19: 'Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga...' Didie Alias hilang 5 ahli keluarga akibat COVID-19: 'Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga...'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627894672_DidieAlias.jpg)
Didie Alias hilang 5 ahli keluarga akibat COVID-19: 'Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga...'
Wabak COVID-19 sememangnya memberi impak yang besar apatah lagi buat mereka yang kehilangan ahli keluarga.
![Didie Alias kongsi rasa terharu anak berjaya peroleh Ijazah Sarjana Muda Didie Alias kongsi rasa terharu anak berjaya peroleh Ijazah Sarjana Muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539547202_didie-befunky-collage.jpg)
Didie Alias kongsi rasa terharu anak berjaya peroleh Ijazah Sarjana Muda
Rezeki Didie bulan ni dapat dua berita gembira..
![Walaupun 'blonde', dia tak bodoh - Didie Alias puji peguam Walaupun 'blonde', dia tak bodoh - Didie Alias puji peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81538640007_didie-alias-menang-kes-mahkamah.jpg)
"Walaupun 'blonde', dia tak bodoh" - Didie Alias puji peguam
Didie Alias memuji kecekapan peguamnya.