Sebelum ini timbul desas-desus mengenai penarikan diri pelakon kontroversi Hanez Suraya dari pementasan teater ‘Projek Kahwin’ yang bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) Jun depan.
Bagaimanapun menerusi sidang media yang berlangsung semalam, pihak produksi dan IB telah mengesahkan Hanez kekal berlakon dalam pementasan teater itu.
Hanez Suraya ketika ditemui mengaku pernah menyuarakan hasrat untuk menarik diri dari pementasan tersebut kepada IB ekoran kontroversi yang melanda dirinya, namun permohonannya itu telah ditolak.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihak IB telah bersedia untuk melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa (preman) sepanjang pementasan itu nanti.
Beliau turut menjelaskan tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga terhadap beberapa ugutan yang diterima Hanez oleh beberapa individu selepas didakwa merampas suami orang.
“Kita dah buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan. Kawalan keselamatan akan diketatkan jika perlu kerana IB bertanggungjawab ke atas keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan berlagsung,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media di Istana Budaya pada Selasa.
Teater projek kahwin akan mengekalkan Hanez pada empat hari terakhir pementasan, manakala enam pementasan awal teater itu bakal menyaksikan aktres Kilafairy beraksi menggantikan watak yang seharusnya dipegang Hanez.
Terdahulu, timbul desas-desus kononnya Hanez telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami itu dikecam.
Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Gempak
Wed Apr 02 2014

Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Hanez Suraya bakal timang anak kedua
Tahniah Hanez!

'Pernah dihina dan dicaci, namun ...' - Hanez Suraya
Hanez Suraya akui episod hitam yang pernah berlaku pada dirinya membuatkan pelakon ini menjadi lebih matang.

Pernah tuduh Hanez Suraya perampas suami orang, peminat tampil minta maaf
Seorang peminat tampil meminta maaf kepada pelakon Hanez Suraya selepas mengakui pernah menuduh pelakon itu perampas suami orang.

"Dari adik sekarang tunang" - Awi kenal Atikah ketika sedang bercinta dengan Hanez Suraya lagi
Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael mendedahkan dia mengenali Atikah Suhaime sejak lapan tahun lalu ketika masih bercinta dengan Hanez Suraya.

Pelakon drama Autumn Di Hatiku, Hanez Suraya selamat lahirkan bayi perempuan
Hanez Suraya selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam tadi.

Hanez Suraya umpama puteri di majlis resepsi
Hanez yang menggayakan busana rekaan pereka fesyen muda iaitu Fizi Woo kelihatan begitu anggun sekali umpama seorang puteri.

Sebar keratan tiket ke Bangkok: Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS
Hanez Suraya mendakwa sebelum menaiki pesawat itu, beliau dan Romie menyerahkan tiket mereka kepada tiga petugas di pintu G8.

10 Carian Terhangat Google sepanjang Mac. Apa carian teratas?
Google Zeitgeist pada Isnin telah mengeluarkan carta carian tertinggi di Google sepanjang bulan Mac.

Tidak dibenar tarik diri, Istana Budaya sedia polis kawal Hanez Suraya
Pihak produksi dan Istana Budaya mengesahkan pelakon Hanez Suraya kekal berlakon dalam pementasan teater 'Projek Kahwin'.

Awi Rafael 'showcase' album terbarunya
Menggabungkan bakat baru dari Aswara, 'showcase' Awi Rafael diiringi pemuzik dari Akedemi Seni dan Warisan Kebangsaan Malaysia.