KUALA LUMPUR: PENYANYI terkenal, Aina Abdul tidak bersetuju apabila ada beberapa pihak sering mempersoalkan kenapa dia berani menganjurkan konsert solo sedangkan belum punya album penuh.
Dalam hal ini, pelantun lagu 'Sumpah' itu berpendapat, pandangan negatif atau stigma sedemikian harus dikikis dalam pemikiran masyarakat.
Ini kerana, tegasnya, tidak semestinya penyanyi yang tidak mempunyai album penuh tiada peluang untuk mengadakan konsert solo.
Bahkan, pendapat yang mengatakan penyanyi yang sekadar mempunyai beberapa single sahaja hanya layak menjayakan pementasan berskala kecil atau mini konsert juga harus diketepikan.
“Saya sedih dan tidak bersetuju. Ramai yang cakap kenapa nak pergi konsert Aina Abdul? Lagu dia berapa kerat sahaja. Benda macam ini buat saya 'down' (kecewa).
"Kalau kita tengok artis luar negara, ada yang hanya mempunyai dua lagu, tetapi tetap lakukan konsert. Kalau di luar negara boleh, kenapa di sini tidak boleh. Saya rasa stigma ini perlu diubah.
"Untuk penyanyi generasi baharu macam saya, walaupun kita tak punya banyak lagu hit, kita masih boleh lakukan persembahan seperti 'showcase' dan sebagainya," ujarnya.
Sehubungan itu, Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, mengakui dia sangat tercabar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh maestro Datuk Ramli MS bahawa setiap penyanyi perlu ada album penuh untuk menganjurkan konsert sewaktu mereka sama-sama menjurikan program Big Stage lalu.
"Sebenarnya waktu Tok Ram (Ramli) cakap begitu saya menggeletar. Walaupun malam itu belum berakhir, saya sudah rasa yang semua orang sedang ketawakan saya. Saya dapat rasa orang sedang kata padan muka, padan muka.
"Ketika itu saya rasa tercabar dan rasa sangat kerdil ketika itu duduk bersebelahan dengan Tok Ram. Saya rasa seperti nak balik waktu itu. Kalau saya ada magik, saya nak siapkan album pada ketika itu juga dan tunjukkan padanya.
"Tetapi saya jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat untuk saya hasilkan album," ujarnya.
Aina juga tidak menafikan bahawa pelancaran album Imaji sebelum menjelang konsertnya di Axiata Arena adalah untuk menutup mulut pihak yang sering mempersoalkan kenapa dia mahu menganjurkan konsert solo sedangkan belum mempunyai album.
Imaji yang memuatkan 14 buah lagu baharu ciptaan sepenuhnya Aina Abdul ini diterbitkan oleh Aina Abdul Entertainment Sdn Bhd.
Penyanyi yang sangat terkenal kerana keberaniannya memperaga fesyen pelik turut bekerjasama dengan empat penerbit tersohor iaitu Mac Chew, Jenny Chin, Ezra Kong dan Affan Mazlan.
Antara lagu yang terkandung di dalam album ini ialah Jangan Mati Rasa Itu, Imaji, Puas Sudah, Kejam, Bilang, Lost, Penat Jiwa dan banyak lagi.
Asyraf Roslan
Wed Oct 25 2023
![Tidak semestinya perlu ada album penuh untuk buat konsert solo - Aina Abdul Tidak semestinya perlu ada album penuh untuk buat konsert solo - Aina Abdul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698201527_AinaAbdul.jpg)
Aina berpendapat, tidak semestinya penyanyi yang tidak mempunyai album penuh tiada peluang untuk mengadakan konsert solo. - Foto Instagram/@ainaabdul
![Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715597513_petros.jpg)
Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak
Tiada kenaikan harga bagi gas petroleum cecair (LPG) Petros di seluruh negeri ini walaupun berlaku gangguan bekalan akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.
![Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736394589_moeSPMexam.jpg)
Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.
!['Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual 'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739437007_tbBomohamangseksu.jpg)
'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.
![Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435521_TBnissanhonda.jpg)
Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
![Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435582_tbRafiziRamli.jpg)
Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.
AWANI Ringkas: SOSMA tidak akan dikaji atau dimansuhkan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung ‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435896_BapaRentung.jpg)
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
![Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435455_TBrentung.jpg)
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
![Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735530130_TBAinaAbdul.jpg)
Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton
Memulakan persembahan dengan lagu Imaji dan Kejam, kelunakan suara Aina tidak mengambil masa lama untuk 'merasuk' kira-kira 1,500 penonton.
![Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734941760_shilaamzah.jpg)
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
![Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732089195_tbAinaAbdul.jpg)
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
![Artis ternama bergabung dalam konsert amal MPO Resonance for a Reason Artis ternama bergabung dalam konsert amal MPO Resonance for a Reason](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727671607_MNasirSheilaMaj.jpg)
Artis ternama bergabung dalam konsert amal MPO Resonance for a Reason
Matlamat MPO adalah untuk memupuk apresiasi muzik dalam kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal dan tempatan kepada semua lapisan masyarakat.
![Impian Aina Abdul anjur konsert jelajah pertama hampir terlaksana Impian Aina Abdul anjur konsert jelajah pertama hampir terlaksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726028269_AinaAbdul.jpg)
Impian Aina Abdul anjur konsert jelajah pertama hampir terlaksana
Bagi Aina, segala cabaran yang dihadapi, sehingga pernah hampir putus asa, tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menggapai impiannya.
![Sekarang masa untuk bekerja, bukan bercinta - Aina Abdul Sekarang masa untuk bekerja, bukan bercinta - Aina Abdul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725932583_tbainaabdulsoalc.jpg)
Sekarang masa untuk bekerja, bukan bercinta - Aina Abdul
"Rugi kalau ada lelaki hadir dalam hidup saya sekarang.... saya busy!"- Aina Abdul
![Air mata Aina Abdul gugur kerana konsert Imaji Tour Air mata Aina Abdul gugur kerana konsert Imaji Tour](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725882367_TBANINAABDUL.jpg)
Air mata Aina Abdul gugur kerana konsert Imaji Tour
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (14 Disember), Zepp Kuala Lumpur (27 Disember), dan Universiti Utara Malaysia (11 Jan 2025).
![Gaun rotan Aina Abdul, penghargaan Melinda Looi untuk pengusaha kraf Malaysia Gaun rotan Aina Abdul, penghargaan Melinda Looi untuk pengusaha kraf Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718243154_ainaabdul.jpg)
Gaun rotan Aina Abdul, penghargaan Melinda Looi untuk pengusaha kraf Malaysia
Aina beraksi di pentas Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2024 baru-baru ini dengan mengenakan gaun kembang berasaskan rotan hasil rekaan Looi.
![Memukau! Magis Aina Abdul bawa penonton ke alam fantasi Memukau! Magis Aina Abdul bawa penonton ke alam fantasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715412395_AinaAbdul.jpg)
Memukau! Magis Aina Abdul bawa penonton ke alam fantasi
Bukan sahaja terpukau dengan kelunakan dan kekuatan Aina malah iringan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) membuatkan penonton seolah-olah dibawa ke alam fantasi penuh magis.
![Aina Abdul kongsi pengalaman bekerja dengan Melly Goeslaw Aina Abdul kongsi pengalaman bekerja dengan Melly Goeslaw](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713757556_TBainaabduljpg.jpg)
Aina Abdul kongsi pengalaman bekerja dengan Melly Goeslaw
Aina berkata, Melly tidak menyekat kreativitinya selain memberi kebebasan dalam menyampaikan lagu tersebut mengikut caranya.