Buat pertama kali dalam sejarah, tiga kumpulan pemuzik terkenal Malaysia - The Strollers (legenda 70an), Lord & The Boys (legenda muzik Rock) dan Blues Gang (legenda muzik Blues) akan berganding tenaga membuat persembahan di Istana Budaya pada 17 Sept sempena sambutan Hari Malaysia.
Ketua pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata 'Return Of The Legends" dianjurkan bagi memperingati artis tempatan yang telah memberi sumbangan bermakna kepada industri kreatif tempatan.
"Bukan sahaja mereka antara yang terbaik, tetapi mereka juga telah membuktikan bahawa sebuah kumpulan pemuzik yang dianggotai pemuzik pelbagai kaum boleh berjaya. Saya berpendapat ia memang menepati tema Hari Malaysia, Sehati Sejiwa," kata Mohamed Juhari.
Beliau berkata persembahan pembukaan akan dimulakan oleh Dendang Anak (Kumpulan Kebudayaan Muzikal Nusantara) memaparkan pemain guitar berbakat Ahmed Faseeh dan pemain dram Steve Steels.
Satu penampilan khas akan diadakan oleh seorang penyanyi antarabangsa yang juga penulis lagu dan penganjur pertunjukan Datuk Seri Mohd Nasser Ismail Al-Hashemi, yang lebih dikenali sebagai Archer.
Tiket berharga antara RM88 hingga RM488, boleh didapati di redtixasia.com atau secara terus dari Istana Budaya melalui talian 03-4026 5558.
Bernama
Tue Sep 06 2016
![Tiga kumpulan pemuzik ikon bergabung di Istana Budaya pada 17 Sept Tiga kumpulan pemuzik ikon bergabung di Istana Budaya pada 17 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71473172720_ReturnsOfTheLegends.jpg)
'Return Of The Legends" dianjurkan bagi memperingati artis tempatan yang telah memberi sumbangan bermakna kepada industri kreatif tempatan. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716178774_tbBluesGangkonser.jpg)
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
![Pemain dram Blues Gang meninggal dunia Pemain dram Blues Gang meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688985977_TBShaikhKarim.jpg)
Pemain dram Blues Gang meninggal dunia
PEMAIN dram yang juga pengasas bersama kumpulan Blues Gang, Shaikh Karim meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari, pada Isnin.
![Kolaborasi istimewa Pitahati dan Ito Blues Gang Kolaborasi istimewa Pitahati dan Ito Blues Gang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633163369_PitahatidanItoBlu.jpg)
Kolaborasi istimewa Pitahati dan Ito Blues Gang
Khatulistiwa merupakan antara lagu popular dari Blues Gang diberi nafas baru oleh Pitahati dan dirakam kembali bersama Ito.
![Art of Speed 2019 lebih hebat Art of Speed 2019 lebih hebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562836605_artofspeed.jpg)
Art of Speed 2019 lebih hebat
Festival kustom dan muzik yang lebih hebat menanti peminat kereta dan motorsikal 'kustom' di Art of Speed 2019.
![Blues Gang kembali, perjuangkan genre yang belum pernah 'mati' Blues Gang kembali, perjuangkan genre yang belum pernah 'mati'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533362833_TBbluesgangx.jpg)
Blues Gang kembali, perjuangkan genre yang belum pernah 'mati'
Kebanyakan kita buat lagu ada dua sebab, pertama nak hiburkan orang satu lagi, untuk nilai yang kekal.
![The Strollers, Blues Gang masuk Malaysia Book of Records The Strollers, Blues Gang masuk Malaysia Book of Records](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474187158_BluesGang.jpg)
The Strollers, Blues Gang masuk Malaysia Book of Records
Sijil pencapaian tersebut disampaikan wakil MBOR kepada anggota kedua-dua kumpulan itu selepas selesai konsert Return of The Legends di Istana Budaya.
![Tiga kumpulan pemuzik ikon bergabung di Istana Budaya pada 17 Sept Tiga kumpulan pemuzik ikon bergabung di Istana Budaya pada 17 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71473172720_ReturnsOfTheLegends.jpg)
Tiga kumpulan pemuzik ikon bergabung di Istana Budaya pada 17 Sept
Buat pertama kali dalam sejarah, kumpulan pemuzik terkenal Malaysia - The Strollers (legenda 70an), Lord & The Boys (legenda muzik Rock) dan Blues Gang (legenda muzik Blues) akan berganding tenaga.