SELEPAS tiga tahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, pelawak Fad mengakui dia masih lagi terkesan dengan ketiadaan rakan sepejuangannya itu.
Menurut Fad, perjalanan kehidupan susah senang selama lapan tahun bersama arwah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
“Orang akan cakap ‘ah kau menangis la’ tapi saya kongsi apa yang saya lalui bersama arwah. Saya kongsi lapan ke sembilan tahun perjalanan kami dari bukan sesiapa la.
“Apa yang kongsi di TikTok, itulah yang saya rasa. Masa di MLM, orang kata saya sengaja nak simpati, menangis atas pentas. Tapi orang tak faham.
“Sepanjang lapan tahun, setiap tiga bulan hari-hari mengadap dia, bila naik pentas berdua saja, dia tak ada tu yang buat saya terasa. Orang hanya nampak tiga minit kami di atas pentas.
“Orang tak nampak dekat luar lapan tahun kami macam mana. Kami sampai tahap susah dalam keluarga pun kami kongsi. Saya tahu masalah Abam, Achey, dan begitu juga mereka,” katanya kepada Gempak.
Fad ditemui ketika sidang media rancangan komedi UBI SUPERSTAR LIVE yang diadakan di Mighty Monster MyTOWN, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, Fad memberitahu sehingga kini dia masih lagi seakan-akan tidak percaya rakan baiknya itu sudah pergi buat selama-lamanya.
“Tiga tahun, walaupun untuk orang lain agak lama tapi pada saya, masih terasa baru lagi. Saya masih tak percaya, dan rasa dia masih ada lagi,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak dipercayai akibat demam panas pada 9 Februari 2020.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
* Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Feb 16 2023
![Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676518249_Fad.jpg)
Selepas tiga tahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, pelawak Fad mengakui dia masih lagi terkesan dengan ketiadaan rakan sepejuangannya itu. - Gambar GEMPAK
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
![Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676518249_Fad.jpg)
Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam
Susah senang Fad dengan arwah Abam tiada siapa yang tahu...
!['Macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau, Abam' - Fad Bocey 'Macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau, Abam' - Fad Bocey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581386409_abam_1.jpg)
'Macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau, Abam' - Fad Bocey
Kehilangan ahli kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, amat dirasai semua orang terutama teman rapatnya, Fad.
![Kalau kita baik, semua orang sayang kita, - nasihat Allahyarham Abam Bocey Kalau kita baik, semua orang sayang kita, - nasihat Allahyarham Abam Bocey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581307563_TBSAVENAMEx.jpg)
"Kalau kita baik, semua orang sayang kita," - nasihat Allahyarham Abam Bocey
Berita pemergian Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey sudah tentu mengejutkan semua pihak terutama keluarganya.