KUALA LUMPUR:Sudah empat minggu bersiaran nampaknya program adaptasi dari Korea ini mempunyai auranya yang tersendiri.
Setiap minggu bukan sahaja kita menyaksikan juri tetap meneka siapakah penyanyi di sebalik topeng, malah netizen juga turut serta meneka bersama-sama di laman media sosial.
Selas menyaksikan penyingkiran ABC, iaitu Yana Samsudin, minggu lalu ramai yang terkejut apabila melihat Zain Ruffedge merupakan penyanyi di sebalik Musang King.
Musang King terpaksa turun takhta selepas memperoleh markah terendah iaitu sebanyak 67% daripada juri tetap menerusi nyanyian lagu Situasi yang dipopularkan oleh Bunkface.
Zain Hamid, yang sudah hampir 22 tahun dalam industri berada di tangga tiga terbawah bersama dua lagi penyanyi misteri iaitu Orang Utan dan Bunga Raya.
Kini hanya tinggal lapan penyanyi yang masih selamat, dan siapa pula yang akan mengikut jejak Nasi Lemak, Rimau, ABC, dan Musang King.
Pemarkahan program ini merupakan 100 peratus daripada juri tetap yang terdiri daripada Datuk Aznil Hj Nawawi, Remy Ishak, Nabila Huda, Michael Ang dan Ella.
TMSM akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna dan Astro Warna HD.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Asyraf Roslan
Fri Oct 16 2020

Selas menyaksikan penyingkiran ABC, iaitu Yana Samsudin, minggu lalu ramai yang terkejut apabila melihat Zain Ruffedge merupakan penyanyi di sebalik Musang King.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

TMSM: Musang King turun takhta, identiti Zain Ruffedge terbongkar
Agak-agak malam ini siapa pula yang tersingkir.