PENYANYI Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman yang turut mendedahkan wajah dan nama bayi perempuan mereka iaitu Anggun.
“Alhamdulillah, selamat semuanya… love Anggun,” kata Fuad.
Terdahulu, Ton mengakui dia dapat berjimat apabila memilih hospital kerajaan untuk melahirkan anaknya memandangkan kos rawatan di situ lebih murah berbanding hospital swasta.
“Pada saya mana-mana hospital sama sahaja. Dekat hospital kerajaan pun saya boleh minta epidural. Malah saya sudah biasa beranak di hospital kerajaan, anak-anak saya yang sebelum ini semua hospital kerajaan.
“Saya sayang duit, beza swasta dan kerajaan bukan beza sedikit tapi banyak. Saya pernah periksa kalau bersalin normal di swasta harganya RM6,000 hingga RM7,000.
“Saya dulu duduk lima hari bersalin dekat hospital kerajaan siap dapat epidural bayar RM24 sahaja. Rasa sakit sama sahaja.
“Layanan hospital kerajaan pun bagus. Saya bukan nak kedekut, tetapi saya rasa duit itu boleh guna untuk keperluan lain seperti barang-barang bayi. Duit nak cari bukan senang.
Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.
Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sun Feb 18 2024
![Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708228485_FuadTomAnak.jpg)
Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia. - Foto Gempak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tom dan Fuad Rahman umum nama anak Tom dan Fuad Rahman umum nama anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710837332_TBTOMFUADBABY.jpg)
Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.
![Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708228485_FuadTomAnak.jpg)
Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.
![Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696642798_TomMengandung.jpg)
Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan
Tom sebak selepas disahkan bayi dalam kandungannya kali ini anak perempuan.
![Alami alahan teruk, Tom terpaksa tolak tawaran menyanyi buat sementara waktu Alami alahan teruk, Tom terpaksa tolak tawaran menyanyi buat sementara waktu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689317100_tom.jpg)
Alami alahan teruk, Tom terpaksa tolak tawaran menyanyi buat sementara waktu
Mengalami alahan kehamilan yang agak teruk, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman ini mengambil keputusan untuk menolak tawaran menyanyi buat sementara waktu.
![Dia nak tebus balik silap - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman Dia nak tebus balik silap - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670492063_TBtom.jpg)
"Dia nak tebus balik silap" - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom bersedia untuk kembali mengenali bekas teman lelakinya, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.
!['Usia cecah satu dekad, kasih ibu buat anaknya tidak pernah memudar' 'Usia cecah satu dekad, kasih ibu buat anaknya tidak pernah memudar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51509443655_IbuTua.jpg)
'Usia cecah satu dekad, kasih ibu buat anaknya tidak pernah memudar'
Ini yang dibuktikan oleh seorang ibu, Ada, 98 tahun apabila beliau sanggup berpindah ke sebuah pusat penjagaan untuk menjaga anak lelakinya Tom Keating yang berusia 80 tahun.