PELAKON dan penyanyi Kilafairy tidak tertekan berfikir soal mendirikan rumah tangga selepas teman baiknya, Izara Aishah akhirnya berkahwin tahun lalu.
Kata Kilafairy, 25 tahun, dia ingin memberikan fokus terlebih dahulu kepada perkembangan kerjaya lakonan dan nyanyiannya berbanding memikirkan soal jodoh.
"Ya, saya tahu Icha (Izara) pun sudah berkahwin dan ada juga beberapa rakan baik saya sudah berteman, bagi saya tiada tekanan pun.
"Malah, saya yang paksa mereka untuk cepat-cepat berkahwin dan gembira atas kehidupan baharu masing-masing.
"Untuk saya sendiri rasanya belum lagi buat dalam masa terdekat. Saya pun masih solo dan target saya tahun ini untuk memberikan fokus kepada kerjaya nyanyian saya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single Put The Word In di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditanya adakah dia meletakkan tempoh untuk berkahwin atau menantikan individu kenamaan untuk melamarnya, ini jawapan Kilafairy sendiri.
"Oh tidak! Saya boleh buat sendiri, saya boleh cari duit sendiri.
"Saya tidak akan sesekali bergantung kepada wang atau harta lelaki. Itu pesan ibu saya sepanjang membesar.
"Kata Mama, beli rumah sendiri, kumpul duit sendiri dahulu dan jangan bergantung pada orang lain.
"Buat masa sekarang saya tidak ada sebarang target untuk berkahwin pada usia berapa. Kalau ada jodoh adalah," tambahnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @kilafairyofficial
Gempak
Mon Feb 05 2018

KILAFAIRY: "Saya tidak akan sesekali bergantung kepada wang atau harta lelaki. Itu pesan ibu saya sepanjang membesar." - Sumber foto IG @kilafairy
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Daim mohon penzahiran dokumen SPRM kes gagal isytihar 70 harta
Daim memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan penzahiran dokumen daripada SPRM, berhubung kes tidak mengisytiharkan 70 aset harta dihadapinya.

Kenyataan fitnah: Tun M beri tempoh tujuh hari untuk PM Anwar tarik balik
Kata Tun Mahathir, sekiranya Anwar tidak tarik balik, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan
Timbalan Pendakwa Raya SPRM memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan.

PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.

Dewan Rakyat: Transaksi hartanah kediaman turun mendadak akibat COVID-19
Maklumat tersebut adalah berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah Separuh Tahun Pertama 2020 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Sukar cari negarawan yang benar-benar fikir nasib rakyat - Akhbar Satar
Datuk Seri Akhbar Satar berpendapat, integriti dan intellectual honesty adalah perkara paling sukar ditemui dalam kalangan pemimpin hari ini.

Permohonan pemeriksaan tahap kesihatan mental Samy Vellu dibenarkan
Permohonan Vell Paari supaya bapanya, Samy Vellu dibenarkan jalani pemeriksaan tahap kesihatan mental dibenarkan Mahkamah Tinggi.

Sadis! Tembak mati isteri, ibu mertua sebelum bunuh diri
Seorang akuantan bertauliah bertindak membunuh diri selepas menembak mati isteri dan ibu mertuanya di dua lokasi berasingan di India antara Jumaat dan Isnin lalu.

ADUN Johor tak hantar borang isytihar harta boleh kena tindakan disiplin
ADUN Johor diminta memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri secara rasmi (bersurat) sekiranya memerlukan masa untuk menghantar borang pengisytiharan harta atau boleh dikenakan tindakan disiplin.

#QuranHour: Selesaikan masalah dunia melalui Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi juga memberi jawapan untuk empat cabaran iaitu iman, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan.