UMUM mengetahui hubungan cinta pelakon Eyka Farhana dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid memandangkan pasangan itu terbuka berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama di laman sosial.
Bagaimanapun, Eyka memberitahu dia enggan terlalu bercerita mengenai hubungan mereka kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seninya.
“Kalau orang tanya memang saya akan jawab, tunggu sampai seru. Sekarang ini saya hanya berkawan seperti biasa sahaja, kalau ada jodoh adalah, kalau tiada tak mengapa.
“Sebab fokus saya ketika ini adalah kerjaya seni saya, seandainya saya sudah dapat semua apa yang saya inginkan, insya-Allah boleh fokus ke arah hubungan pula.
“Sekarang ini apa sahaja peluang dari segi lakonan yang ada dan terbaik untuk saya, saya akan ambil. Banyak lagi yang saya nak capai dalam hidup.
“Kalau jodoh saya ditakdirkan dengan dia, tolak macam mana pun dia tetap jodoh saya. Yang penting saya gembira dengan apa yang saya buat ketika ini.
“Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain, alhamdulillah dia sokong apa saya buat, begitu juga dengan saya,” kata Eyka.
Eyka turut menegaskan dia enggan mencampur aduk urusan kerja dengan peribadinya kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua belah pihak.
“Saya kalau boleh tak mahu campur adukkan kisah cinta dengan kerjaya seni. Saya tak mahu bila bercakap tentang kisah cinta saya ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pihak saya dan dia.
“Apa yang saya ingin beritahu di sini, kami berdua masih berkawan baik seperti biasa, saling sokong satu sama lain. Nak kata hubungan itu simpan secara peribadi pun tidak juga.
“Ada kalanya kami post video TikTok bersama, banyak juga posting berdua,” katanya. -Gempak
Gempak
Tue Oct 03 2023
![Tunggu sampai seru, Eyka Farhana tak tolak bersuamikan Akhyar Rashid Tunggu sampai seru, Eyka Farhana tak tolak bersuamikan Akhyar Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696304036_eykafarhana.jpg)
Eyka memberitahu dia enggan terlalu bercerita mengenai hubungan mereka kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seninya. -Gempak
![Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738838225_DzulkeflyAhmad.jpg)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837536_ZaynRayyan.jpg)
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
![Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738835746_rasuah.jpg)
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
![Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837483_TBCourtHammer.jpg)
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Visi Komuniti ASEAN bakal dilancarkan
Ia yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari aspek politik, ekonomi dan sosial, seterusnya menjadi contoh kepada dunia.
Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
Buat masa ini terdapat 19 projek menaik taraf perparitan yang sedang dijalankan, dengan enam lagi dijangka dimulakan tahun ini.
![Akhyar, Eyka Farhana ikat tali pertunangan Akhyar, Eyka Farhana ikat tali pertunangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730717724_TBEykaFarhana.jpg)
Akhyar, Eyka Farhana ikat tali pertunangan
PEMAIN sayap Harimau Malaya, Muhammad Akhyar Rashid telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon, Eyka Farhana.
![Akhyar cedera dipercayai disamun Akhyar cedera dipercayai disamun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714684248_Akhyarcederadisa.jpg)
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
![Tunggu sampai seru, Eyka Farhana tak tolak bersuamikan Akhyar Rashid Tunggu sampai seru, Eyka Farhana tak tolak bersuamikan Akhyar Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696304036_eykafarhana.jpg)
Tunggu sampai seru, Eyka Farhana tak tolak bersuamikan Akhyar Rashid
Bagaimanapun, Eyka memberitahu dia enggan terlalu bercerita mengenai hubungan mereka kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seninya.
![Nape dengar macam cakap Hindustan je - Peminat menyampah Nazim Othman cakap Korea Nape dengar macam cakap Hindustan je - Peminat menyampah Nazim Othman cakap Korea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515980989_nazimothman.jpg)
"Nape dengar macam cakap Hindustan je" - Peminat menyampah Nazim Othman cakap Korea
Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa sampai Bahasa Korea pun nak dibawa dalam drama Melayu. Ke mana perginya identiti drama tempatan?