Ahli kumpulan K-Pop terkenal VIXX, Leo akhirnya mengubati kerinduan peminat Malaysia dengan membuat persembahan solo di negara ini pada Sabtu.
Leo yang juga merupakan pelakon teater muzikal hadir tanpa anggota VIXX yang lain pada kali ini dan tampil dengan empat lagu muzikal pada K-Performance Show 2019 hasil anjuran Korea Tourism Organisation (KTO) Malaysia.
Dia tampil dengan sisi berbeza memulakan persembahannya dengan lagu ‘Ordinary Lives’ daripada muzikal yang berjudul ‘Mata Hari’.
Leo membintangi watak seorang pegawai juruterbang Perancis, Armand yang jatuh cinta dengan seorang penari yang bernama Mata Hari.
Dalam sesi ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk membolehkan penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert), Leo menjelaskan seperti pasangan bercinta yang lain, watak Armand merindui Mata Hari tatkala mereka berjauhan.
BACA: Maafkan saya, Starlight kerana... - VIXX Leo
Hal ini kerana Armand perlu berperang dalam Perang Dunia Pertama dan terpaksa berpisah dengan kekasihnya.
Leo kemudiannya mendendangkan lagu daripada muzikal yang pernah dibintanginya iaitu ‘Moment Will Pass Me’ daripada muzikal ‘The Last Kiss’ dan ‘From Way Up Here’ daripada muzikal ‘Mata Hari’.
Leo nyata sesuai digelar penyanyi utama kumpulan VIXX kerana berjaya mengekalkan vokal dan melontarkan nada tinggi sepanjang persembahannya itu.
Dalam sesi 'ment' seterusnya, dia memberitahu bahawa dia kini sedang membuat persiapan untuk muzikal terbaharunya, ‘Marie Antoinette’.
“Saya mencadangkan anda untuk melawat Korea Selatan untuk ‘K-Performances’ seperti Jump, The Painters, Sachoom dan DJ Roots yang membuat persembahan tadi.
“Ia tentunya akan menjadi peluang yang baik untuk anda mencipta lebih banyak memori yang sukar dilupakan,” kata Leo dengan bantuan penterjemah.
Sebelum menyanyikan lagu terakhirnya untuk Starlights, beliau menjemput semua yang hadir pada acara tersebut ke Korea Selatan untuk menyaksikan persembahannya dalam muzikal ‘Marie Antoinette’.
“Saya dipilih membintangi watak Fersen dalam muzikal Marie Antoinette dan akan membuat persembahan dari Ogos ke November ini.
“Saya ingin menjemput anda semua untuk menyaksikan persembahan saya dan ini janji bahawa anda akan datang untuk memberikan sokongan kepada saya,” tambahnya.
Starlights kemudiannya dihiburkan dengan lagu ‘Nostalgia’ dari album terbaharunya iaitu ‘Muse.
Sebelum berpisah dengan peminat setianya, Leo menzahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan peminat Malaysianya.
Beliau juga mengambil hati mereka dengan mengucapkan ‘terima kasih’ dalam Bahasa Malaysia dan berjanji untuk kembali ke negara ini.
Starlights tentunya berasa teruja dan memberikan sorakan dan tepukan gemuruh kepadanya.
Acara K-Performance Show 2019 bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai persembahan dan lokasi tarikan pelancong di Korea Selatan kepada rakyat Malaysia.
Isabelle Leong
Sat Jul 27 2019
Sebelum berpisah dengan peminat setianya, Leo menzahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan peminat Malaysianya. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Ubati rindu Starlight Malaysia, VIXX Leo tampil dengan lagu muzikal
Leo yang juga merupakan pelakon teater muzikal hadir tanpa anggota VIXX yang lain pada kali ini dan tampil dengan empat lagu muzikal pada K-Performance Show 2019.
Maafkan saya, Starlight kerana... - VIXX Leo
Leo melahirkan rasa bersalah terhadap peminatnya kerana mengambil masa lebih dua tahun untuk kembali ke negara ini bagi berjumpa dengan mereka.