SELEPAS mengesahkan perceraiannya kelmarin, selebriti Mizz Nina tampil dengan ucapan terima kasih buat semua yang telah memberikan tanda sokongan kepadanya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, melahirkan rasa terharunya kepada semuanya yang mendoakan serta menyalurkan kasih sayang buat diri, bekas suaminya Noh Salleh dan anak angkatnya Musa.
“Untuk semua kasih sayang, doa dan sokongan buat Noh, Musa dan saya (disertakan emoji bentuk hati),” kata Mizz Nina.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu What You Waiting For itu berkongsi rasanya itu di dalam satu hantar di Instagram (IG) Story miliknya.
Dalam pada itu, Nina turut berkongsi sepotong doa untuk dirinya.
Dalam doa, dia yang juga aktivis kemanusiaan itu meminta agar dirinya menjadi lebih baik daripada sangkaan orang ramai serta diampuni atas segala yang tidak diketahui orang lain.
“Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka tentangku. Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui tentangku.
“Janganlah engkau memperhitungkan apa yang mereka katakan tentangku,” titipnya.
Kelmarin, kedua-duanya memuat naik hantaran yang sama di IG masing-masing bagi mengumumkan yang mereka sudah pun bercerai dengan cara baik.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan itu dikhabarkan menemui titik noktah selepas timbul dakwaan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.
Sebelum ini, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah ketika ditemui media pada 13 Julai lalu.
Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.
Sekitar April lalu, Noh dan Mizz Nina memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka. -- Gempak
Gempak
Sat Aug 06 2022
Mizz Nina menunjukkan rasa terharunya kepada semuanya yang mendoakan serta menyalurkan kasih sayang buat diri, bekas suaminya Noh Salleh dan anak angkatnya Musa. -Instagram/officialmizznina
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tahun 2009 saya tak tahu Alif Ba Ta, hanya hafal al-Fatihah, tiga Qul - Mizz Nina
Mizz Nina 'menyahut' trend #10yearchallenge dengan perkongsian yang boleh dijadikan iktibar.
Noh, Mizz Nina reda jika tiada rezeki cahaya mata
Noh Salleh dna isteri tidak sedih seandainya tiada rezeki mereka untuk timang cahaya mata