ANAK sulung kepada pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni menzahirkan rasa rindu terhadap arwah ibunya.
Menerusi video yang dikongsi di akaun Instagram milik Sarah, Uwais menceritakan antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama arwah.
Video itu merakamkan Uwais tersenyum dan matanya kelihatan sedikit berkaca sewaktu bercerita gelagat ibunya yang berminat dengan bau minyak wangi seorang wanita ketika mereka bercuti di Australia.
“Ada satu hari tu Uwais nak beli baju dekat Australia, masa nak beli baju tu ada seorang perempuan lalu tiba-tiba Uwais nampak dia macam (menghidu) wanginya.
“Uwais cakap wangi apa ibu? Ibu cakap tu perempuan tadi tu. Dia punya perfume, kejap ibu nak pergi tanya dia pakai perfume apa.
“Ibu nak pergi dekat dia sekejap, hello what perfume are you using? Lepas tu perempuan tu cakap I'm using Ariana Grande. Akhirnya dia beli,” kongsinya.
Uwais kemudiannya mengambil botol minyak wangi itu sebelum menunjukkan pada video berkenaan.
“Inilah dia minyak wanginya, seratus peratus sama. Memang wangi,” katanya sambil menghidu bau minyak wangi tersebut.
Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata pengikut sebak melihat video dan juga raut wajah Uwais.
“Dia yang bercerita kita pula yang sebak. Rindu seorang anak terhadap ibunya, hanya kenangan dapat diceritakan. Moga Uwais jadi anak soleh,” komen seorang netizen.
“Anak pertama pastinya ada tempat yang sangat istimewa seorang ibu. Ibu pula adalah cinta pertama setiap anak. Al-Fatihah buat Siti Sarah,” tulis seorang lagi.
“Dia yang paling banyak memori dengan ibu, mesti dia rindu ibu sangat-sangat,” coret seorang lagi netizen.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021. -- Gempak
Gempak
Thu Mar 30 2023

Menerusi video yang dikongsi di akaun Instagram milik Sarah, Uwais menceritakan antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama arwah ibunya, Siti Sarah. - Gempak
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.

Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.

Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.

GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.

Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.

Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.

Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.

Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.

Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.