BARU-BARU ini, klip menyentuh hati yang memaparkan pelakon terkenal Jackie Chan telah mendapat perhatian warganet selepas ia dikongsi di laman Twitter.
Dalam video berdurasi 40 saat yang diambil daripada filem terbaharu Jackie Chan “Ride On,” pelakon itu dilihat menonton klip peranan filem awalnya, mempamerkan aksi berani yang dilakukannya sebelum mencapai kemasyhuran Hollywood.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian peminat, bukan sahaja aksi Jackie Chan yang mengagumkan, namun kehadiran seorang wanita muda di sisinya yang mesra memanggilnya sebagai “papa.”
Identiti wanita tersebut jelas menjadi tanda tanya apabila ramai peminat kerap mencetuskan spekulasi bahawa dia adalah anak kandung bintang terkenal itu.
Bertentangan dengan spekulasi peminat, wanita muda dalam video tersebut bukanlah anak kandung Jackie Chan.
Dia ialah Liu Haocun, seorang pelakon berbakat yang memainkan watak anak perempuan beliau dalam filem “Ride On.”
Siapa Anak Perempuan Jackie Chan?
Etta Ng Chok Lam, anak kandung Jackie Chan, yang juga dikenali sebagai Xiao Long Nu, adalah seorang wanita muda berusia 23 tahun hasil dari perhubungannya dengan bekas ratu cantik Elaine Ng Yi-Lei.
Malangnya, laporan menunjukkan bahawa hubungan antara bapa dan anak perempuan tersebut sudah beberapa tahun terputus tanpa sebarang khabar berita. -Remaja
Remaja
Sun Jul 09 2023

Apa yang menarik perhatian peminat, bukan sahaja aksi Jackie Chan yang mengagumkan, namun kehadiran seorang wanita muda di sisinya yang mesra memanggilnya sebagai -papa.- -Remaja

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Pengsan di set penggambaran bukan penghalang buat Jackie Chan teruskan aksi lagak ngeri
Jackie berkata, dia pernah pengsan ketika menjalani penggambaran filem Panda Plan yang mana pada waktu itu dia sedang melakukan aksi lagak ngeri.

Video tular Jackie Chan punca warganet sangka dia sudah berbaik dengan anak kandung
Identiti wanita tersebut jelas menjadi tanda tanya apabila ramai peminat kerap mencetuskan spekulasi bahawa dia adalah anak kandung bintang terkenal itu.

Jackie Chan, Wang Leehom dan Jay Chou beri penghormatan kepada Coco Lee
Ramai selebriti terkenal menggunakan media sosial untuk memperingati dan memberi penghormatan kepada Lee.

Selagi boleh bergerak dan bertarung, saya akan terus berlakon - Jackie Chan
Ini adalah cara saya untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan saya kepada semua peminat saya di seluruh dunia atas sokongan mereka selama ini, kata Jackie Chan.

Jika tiada aral, Jackie Chan ke Malaysia tahun depan untuk penggambaran filem
Pelakon berusia 68 tahun itu sangat merindui Malaysia dan begitu teruja untuk kembali jalani penggambaran filem.

Jackie Chan, John Cena bakal alih suara watak Teenage Mutant Ninja Turtles
Jackie Chan, John Cena, Rose Byrne, Seth Rogen antara nama besar alih suara filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang baharu.

Al-Jufferi watak utama filem aksi
Juara dunia tiga kali itu sempat berkongsi pengalamannya membintangi sebuah karya filem silat Melayu.

Apartmen mewah milik Jackie Chan bakal dilelong
Hartanah itu kini diletakkan dalam laman web lelongan di negara itu.

Koronavirus ancaman, dana beratus jutaan, vaksin jadi buruan
Habuan menanti bagi penyelidik yang giat mencari vaksin bantu dunia menentang ancaman 2019 n-CoV.

The Chini Saga dapat suntikan RM102 juta
The Chini Saga arahan Pveezi Zain yang akan diterbitkan tidak lama lagi bersama Pertubuhan Generasi Digital Malaysia mendapat suntikan pembiayaan AS$25 juta (RM102 juta) daripada RSB Investment Bank.