BUKAN sekadar rakan artis dalam filem, malah persahabatan mereka lebih daripada itu.
Biar pun Paul Walker sudah tiada lagi, namun nilai persahabatan mereka kekal sehingga ke hari ini.
Pada Jumaat, bintang filem itu hadir pada majlis perkahwinan anak mendiang rakan baiknya itu, Meadow Walker dengan pelakon Louis Thornton-Allan.
Walaupun mendiang ayahnya tiada di sisi, namun Diesel sudi 'menggantikan' Paul untuk mengiringi Meadow pada hari bahagia pasangan itu.
Meadow Walker, 22, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Jumaat.
"Kami sudah berkahwin!!!!" kongsinya dalam video hitam putih pada majlis gilang-gemilang pinggir pantai.
Dalam klip itu, Meadow dilihat memakai gaun Givenchy 'halterneck' yang menawan, dipadankan dengan vel putih.
Vin Diesel kemudian muncul bersama pengiring pengantin perempuan serta rakan dan ahli keluarga yang lain.
Sumber memberitahu E! bahawa Vin Diesel yang juga ayah baptisnya mengiringi Meadow untuk lafaz perkahwinan.
Rakan-rakan dan peminat bintang tampil meninggalkan komen juga ucapan tahniah sempena hari bahagia pengantin.
Walaupun tidak dinyatakan lokasi majlis secara khusus, menurut Vogue, difahamkan kedua-dua pasangan itu berkahwin dalam upacara mewah di Republik Dominika.
Meadow walau bagaimanapun agak kecewa kerana situasi pandemik telah mencacatkan sedikit perancangan awal mereka.
"Pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan kami.
"Keluarga Louis tidak dapat hadir.
"Ramai rakan karib yang kami anggap sebagai keluarga juga tidak dapat hadir akibat sekatan perjalanan," kata Meadow kepada Vogue.
Pasangan ini mengumumkan pertunangan beberapa bulan lalu selepas Meadow menunjukkan sebentuk cincin dalam video yang disiarkan pada Ogos.
Ayah Meadow, bintang "Fast and Furious" Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 2013 ketika anak perempuannya itu baru berusia 15 tahun.
BACA: Pelakon 'The Fast and the Furious', Paul Walker maut dalam kemalangan
BACA: Anak Paul Walker terima pampasan kemalangan bapa RM39 juta
BACA: Kereta Supra mendiang Paul Walker dalam 'Fast & Furious' bakal dilelong
BACA: 21 buah kenderaan milik Paul Walker dibida dengan harga RM9.4 juta
BACA: 'I Am Paul Walker' dedah sisi rahsia bintang Fast and Furious
BACA: Scott Eastwood sertai filem Fast 8, beri penghormatan emosi kepada mendiang, Paul Walker
BACA: Hakim tolak saman ke atas Porsche dalam kes kemalangan Paul Walker
BACA: [MOVIE] Kenangan! Vin Diesel beri penghormatan emosi kepada mendiang Paul Walker
BACA: Sahabat handai peringati setahun pemergian Paul Walker
Astro Awani
Sat Oct 23 2021

Vin Diesel mengiringi Meadow Walker pada majlis perkahwinan anak mendiang rakan baiknya itu dengan Louis Thornton-Allan. -Instagram

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta

Vin Diesel 'ganti' Paul Walker pada majlis perkahwinan anak perempuan mendiang
Walaupun mendiang ayahnya tiada di sisi untuk bersama meraikan hari bahagianya, namun Diesel sudi 'menggantikan' Paul untuk mengiringi Meadow pada hari bahagia pasangan itu.

Kereta Supra mendiang Paul Walker dalam 'Fast & Furious' bakal dilelong
Pembida yang berjaya menawarkan harga tertinggi akan turut diberikan sijil keaslian yang sah.

21 buah kenderaan milik Paul Walker dibida dengan harga RM9.4 juta
Kesemua koleksi kepunyaan Walker terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan dari serata dunia menerusi penghasilan dari era yang berbeza.

'I Am Paul Walker' dedah sisi rahsia bintang Fast and Furious
I Am Paul Walker bakal diarahkan Adrian Buitenhuis yang sebelum ini cemerlang menghasilkan I Am Ledger

Kematian selebriti ini juga pelik dan cetuskan tanda tanya
Yelchin bukan satu-satunya bintang dan personaliti terkenal dunia yang meninggal dunia dalam keadaan pelik dan penuh tanda tanya.

Scott Eastwood sertai filem Fast 8, beri penghormatan emosi kepada mendiang, Paul Walker
Pelakon Hollywood, Scott Eastwood secara rasmi mengesahkan bahawa beliau akan menyertai pasukan filem Fast And Furious 8.

Anak Paul Walker terima pampasan kemalangan bapa RM39 juta
Meadow Walker menerima pampasan daripada harta Roger Rodas, pemandu ketika kemalangan tersebut berlaku.

'Kecuaian pemandu punca utama kematian Paul, Roger' - Porsche
Syarikat Porsche membalas saman anak mendiang Paul Walker dengan berkata kecuaian pemandu merupakan punca utama kematian Paul dan Roger.

Fast & Furious 7: Ledakan adrenalin, aksi luar batasan dan emosi
Jika dibandingkan dengan enam filem sebelum ini, Fast & Furious 7 ataupun Furious 7 kali ini membawakan lebih banyak lagi aksi-aksi di luar batasan pemikiran seseorang

Sahabat handai peringati setahun pemergian Paul Walker
Laman sosial dipenuhi dengan ucapan-ucapan peminat bagi memperingati pemergian pelakon tersebut termasuk pelakon The Fast and Furious.