PENYANYI utama kumpulan heavy metal Iron Maiden, Bruce Dickinson dilapor bakal membuka syarikat penerbangannya sendiri.
Syarikat penerbangan Cardiff Aviation yang dibeli Dickinson dan bakal beroperasi di Wales sedang menunggu kelulusan untuk terbang daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.
“Kami masih menantikan kebenaran untuk terbang daripada pihak berkuasa dan dijangkakan akan memulakan operasi dalam masa 50 hari,” kata Dickinson kepada Telegraph.
Legenda muzik metal itu, yang membuka perniagaan ini bersama rakan kongsi Mario Fulgoni, berkata operasi syarikat penerbangannya ini akan dimulakan dengan tiga jet peribadi.
Dickinson, yang juga seorang juruterbang pesawat komersial sejak 20 tahun lalu, turut memberitahu bahawa syarikatnya telah membeli simulasi penerbangan untuk memberi latihan kepada juruterbangnya.
Penyanyi berusia 56 tahun ini beroleh lesen juruterbang pesawat komersial setelah mengikuti latihan penerbangan di Florida pada tahun 1990an.
Selain menerbangkan ahli kumpulannya ke destinasi persembahan, Dickinson juga dilapor pernah menerbangkan pasukan bola sepak Liverpool FC keluar dari medan konflik di Lubnan ketika perang Israel Hezbollah pada tahun 2006.
Ditubuhkan pada era 1970an, kumpulan Iron Maiden popular dengan lagu hit, antaranya "Number of the Beast", "Aces High", "Two Minutes to Midnight" dan "Run to the Hills."
Kumpulan itu sedang dalam proses akhir pembikinan album terbaharu mereka yang tertangguh ekoran masalah kesihatan Dickinson.
Namun, Dickinson kini disahkan bebas daripada kanser lidah yang dihidapinya sejak hampir setahun lalu.
Agensi
Mon Jun 22 2015

Syarikat penerbangan Cardiff Aviation yang dibeli Dickinson beoperasi di Wales sedang mendapatkan kelulusan untuk terbang dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam. - Foto EPA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isteri penyanyi Iron Maiden dijumpai mati dalam 'insiden tragik'
Paddy Bowden, isteri kepada Bruce Dickinson, dijumpai mati di kediaman yang pernah didiami pasangan itu yang terletak di Chiswick, barat London, sekitar jam 10 pagi.

Vokalis Iron Maiden buka syarikat penerbangan sendiri
Penyanyi utama Iron Maiden, Bruce Dickinson yang juga seorang juruterbang komersial sejak 20 tahun lalu, bakal membuka syarikat penerbangannya sendiri.