Ringkasan AI
- WhatsApp memperkenalkan ciri baharu "Chat Themes" yang membolehkan pengguna mengubah warna, gambar latar, dan gaya perbualan.
- Pengguna boleh menetapkan tema yang sama untuk semua perbualan atau memilih tema berbeza untuk perbualan tertentu.
- Untuk menetapkan tema, pergi ke Settings > Chat > Default Chat Theme, atau tetapkan tema khusus melalui tetapan perbualan.
Melaluinya, seperti pada nama, pengguna boleh mengubah bagaimana perbualan dipaparkan kepada mereka, sekali gus memilih warna, gambar latar dan juga gaya sesuatu perbualan dipaparkan.
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan tema sama untuk semua perbualan, atau turut memilih tema berbeza untuk perbualan-perbualan berbeza.
Sebagai contoh, untuk WhatsApp Group bersama rakan-rakan anda boleh memilih tema yang ceria, dan mungkin untuk tujuan kerja memilih tema lebih serius.
Untuk menetapkan tema sembang pada WhatsApp, anda boleh ke Settings > Chat > Default Chat Theme.
Sekiranya ingin melakukan tetapan untuk sesuatu perbualan secara khusus, anda boleh ke tetapan perbualan berkenaan (dengan tap pada nama di skrin perbualan (pada iOS) atau pada menu 3-dot pada Android). -Amanz
