Satu pangkalan data yang menghimpunkan penggiat seni kreatif mengikut kepakaran masing-masing di Sarawak perlu diwujudkan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman.
Beliau berkata pangkalan data berkenaan akan dijadikan sebagai rujukan untuk mencari rakyat Sarawak yang berkelayakan untuk membantu Finas mengembangkan industri seni kreatif di negeri ini.
Katanya langkah tersebut juga selaras dengan hasrat Finas yang kini dalam proses desentralisasi dengan memberi kuasa tertentu kepada pejabat-pejabat wilayahnya seperti mewujudkan Meja Filem.
"Sudah sampai masa kita (Finas) desentralisasi fungsi-fungsi yang ada di Ibu pejabat, sebagai contoh kita beri peranan lebih kepada Pejabat Finas Wilayah Sarawak kerana di negeri juga sudah ada institut pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang menyediakan pelajaran filem ataupun pelajaran media yang sudah mantap," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program #tanyafinas bertujuan mendapat maklum balas daripada penggiat seni kreatif di negeri ini.
Pada majlis yang sama Kamil turut menyerahkan Dana Mikro berjumlah RM5,000 kepada 27 penerima terpilih.
Ketika diminta memperincikan fungsi Meja Filem, Kamil berkata pihaknya akan ke luar negara untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perfileman.
"Jika ada penerbit filem luar yang berminat menjalankan penggambaran di mana-mana lokasi di negara ini, Meja Filem akan bertugas sebagai orang tengah dengan berhubung rapat dengan syarikat produksi tersebut dan kerajaan negeri.
"Sebagai contoh apabila kuasa diberi kepada Finas Wilayah Sarawak, menerusi pangkalan data yang sudah ada, penggiat seni kreatif di Sarawak yang sudah sememangnya tahu selok belok negeri ini akan dapat membantu menghasilkan lebih banyak cerita dari negeri ini," katanya.
Kamil berkata fungsi Meja Filem yang sebelum ini hanya ada di Ibu Pejabat Finas sudah diwujudkan di Pejabat Finas Wilayah Sarawak, Pejabat Finas Wilayah Sabah, dan Pejabat Finas Wilayah Utara.
Bernama
Sat Sep 10 2016
![Wujudkan pangkalan data penggiat seni kreatif Sarawak - Finas Wujudkan pangkalan data penggiat seni kreatif Sarawak - Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61462094204_KamilOthman.jpg)
KAMIL: Langkah tersebut juga selaras dengan hasrat Finas yang kini dalam proses desentralisasi dengan memberi kuasa tertentu kepada pejabat-pejabat wilayahnya seperti mewujudkan Meja Filem. - Gambar fail
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33 Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51732983312_TBFinas.jpg)
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
![FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732292570_TBFAHMIFFM.jpg)
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
![Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732007176_FahmiFadzil.jpg)
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
![FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727924372_FahmiFadzilmenter.jpg)
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
![Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727911313_diliinternationalf.jpg)
Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.
![FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
![FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
![FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713875411_FahmiFadzil.jpg)
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
![Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712143119_TBFahmi.jpg)
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
![Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni? Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711836749_TBfilmclapboard.jpg)
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.