PENYANYI tempatan, Yunalis Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna nampaknya terus mengharumkan nama negara di persada dunia.
Baru-baru ini, Yuna berkongsi sekeping gambar beliau bersama pelakon terkenal antarabangsa, Cate Blanchett di laman Instagramnya.
Difahamkan, Yuna berpeluang untuk menemu ramah Cate secara ekslusif sempena program #changedestiny anjuran syarikat kosmetik SK-II menerusi Google+ Hangout.
“Jadi, perkara ini berlaku hari ini.
“Saya ingin sampaikan bahawa jika anda percaya dalam kuasa mengubah masa depan (#changedestiny), bakat anda akan berkembang dari menemu ramah Cate Blanchett melalui skrin komputer, kepada bertemu beliau secara peribadi,” tulis Yuna di laman Instagramnya.
Selain Cate, Yuna juga menemu ramah penyanyi Indonesia, Anggun Cipta Sasmi pada program tersebut.
Susulan itu, rata-rata peminat berkongsi rasa kagum mereka dengan mengucapkan tahniah kepada Yuna di ruang komen kenyataan tersebut.
Kohilah Sekaran
Sat Feb 27 2016
Difahamkan, Yuna berpeluang untuk menemu ramah Cate Blanchett secara eksklusif sempena program SK-II #changedestiny menerusi Google Hangout, hari ini.
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Kempen Dream Again SK-II #changedestiny hidupkan semula impian wanita
Bagi memastikan wanita terus merencanakan masa depan dan tidak berhenti mengejar impian, jenama penjagaan kulit SK-II tampil dengan pendekatan baharu bagi menjayakan kempen #changedestiny.
Yuna temu ramah Cate Blanchett sempena program #changedestiny
Difahamkan, Yuna berpeluang untuk menemu ramah Cate Blanchett secara ekslusif sempena program SK-II #changedestiny menerusi Google Hangout, hari ini.