Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 43, dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah, minggu lalu.
Zamani dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu dan Nur Juliana didakwa bersama-sama dalam milikan mereka dadah jenis heroin anggaran berat 1.20 gram di sebuah rumah di Jalan Enggang Timor 1, Taman Keramat dekat sini, pada 12.30 malam, 21 Januari 2015.
Manakala bagi pertuduhan mengambil dadah yang dibacakan berasingan, Zamani didakwa telah memberikan kepada dirinya dadah jenis morphine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 2 pagi, tarikh yang sama.
Manakala Nur Juliana didakwa melakukan perbuatan yang sama dengan memberikan kepada dirinya dadah jenis amphetamine pada 2.05 pagi di tempat dan tarikh yang sama.
Mahkamah kemudian membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan kes.
Astro Awani
Thu Jan 29 2015

Zamani dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Zamani rasa macam bermimpi, terharu bersanding di pelamin
Zamani tidak sangka berpeluang duduk bersanding di pelamin seperti pengantin lain.

Zamani, pembantu peribadi didenda RM5,500 kerana miliki dan ambil dadah
Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya masing-masing didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Peguam Zamani akan kemuka surat representasi kepada Peguam Negara
Pihak Zamani akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara Isnin ini supaya mempertimbangkan pertuduhan terhadap mereka.

Zamani mengaku tidak bersalah
Zamani Ibrahim, 43, dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.