Allahyarham yang merupakan seorang warga Jepun meninggal dunia dua hari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan.
Dalam kalangan pengikut Ridzokumura, Akiko sangat menjadi idola para ibu dan wanita apabila memiliki kemahiran memasak yang cukup tinggi.
Dia malah terkenal dengan hidangan sahur yang cukup menarik dan dibuat setiap hari pada bulan Ramadan untuk anak tunggal mereka, Sky Taizo Okumura.
Namun selepas pemergiannya ramai yang bersedih kerana tidak lagi dapat menjadikan Akiko sumber inspirasi memasak juadah sahur.
Malah tanggungjawab itu kini cuba diambil alih oleh pelakon Zarina Zainuddin yang merupakan anak saudara Ridzokumura.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Zarina mempamerkan video dirinya cuba menyediakan juadah sahur yang terbaik buat Sky yang pertama kali menyambut Ramadan tanpa ibu tercinta.
“Assalamualaikum selamat berpuasa semua. Pertama kali bersahur bersama Sky dan pakcik saya. Semoga Allah permudahkan perjalanan Ramadan buat mereka tanpa Akiko di sisi,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Menerusi sepotong video yang dikongsi, nampak Zarina menyediakan beberapa jenis juadah sahur sushi khas untuk Sky dan buah seperti tembikai serta mangga. Sky yang berbaju merah pula dilihat cuba menikmati sahur yang telah disediakan.
“Saya belikan sushi untuk awak malam semalam tapi kedai sudah hampir tutup,” katanya yang turut mempelawa nasi buatnya.
Sky dan bapanya difahamkan tidur di kediaman Zarina.
-- Gempak
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)
