SEJAK bulan Mei tahun 2023, Google telah menguji ciri kecerdasan buatan generatif pada enjin carian mereka.
Ia digelar sebagai SGE dan setiap carian yang dilakukan akan diringkaskan oleh Google untuk pengguna mendapat informasi dengan lebih pantas tanpa membuka mana-mana laman web.
Terbaharu, Financial Times melaporkan yang Google ada merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri AI dalam Google Search.
Bayaran ini dikatakan mungkin akan menjadi sebahagian daripada langganan Google One AI Premium yang memberi akses kepada Gemini Advanced.
Walaupun ia adalah ciri berbayar, pengguna akan masih melihat iklan pada Google Search sama seperti pengguna biasa.
Penawaran langganan Google Search ini dikatakan telah pun dibangunkan oleh jurutera Google tetapi belum diluluskan oleh para eksekutif untuk dilancarkan.
Ketika artikel ini ditulis, Google SGE masih percuma untuk digunakan. Anda boleh menguji ciri ini dengan mendaftar melalui aplikasi Google atau pergi ke laman Google Labs.
Jika Google Search perlu dibayar, adakah anda akan melanggan untuk menggunakan ciri yang mengurangkan trafik laman web sehingga 60%? -Amanz
Amanz
Thu Apr 04 2024

Google dilapor merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri AI dalam Google Search. -Amanz

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.

Google rancang kenakan bayaran untuk ciri AI pada enjin carian
Bayaran ini dikatakan mungkin akan menjadi sebahagian dari langganan Google One AI Premium yang memberi akses kepada Gemini Advanced.