Ringkasan AI
- Google kini membenarkan pengguna yang tidak melanggan pelan Google One AI Premium untuk memuat naik fail kepada Gemini, satu ciri yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna berbayar.
- Google belum menjelaskan had untuk pengguna percuma, tetapi jika mengikut had Gemini Advanced, pengguna boleh memuat naik sehingga 10 fail dengan saiz maksimum 100MB setiap satu.
- Gemini boleh memproses pelbagai jenis fail seperti Microsoft Word, PDF, CSV, dan banyak lagi untuk menjana jadual, ringkasan, carta, laporan, dan data penting. Pengguna juga boleh memuat naik fail terus dari Google Drive atau mengambil gambar dengan kamera.
Ciri ini telah disokong oleh ChatGPT sejak Jun tahun lepas, dan sokongan kepada Gemini amatlah dihargai selepas sekian lama dihadkan kepada pengguna berbayar sahaja.
Buat masa ini Google masih tidak menjelaskan apakah had kepada pengguna percuma. Jika ia mengikut had yang sama dalam Gemini Advanced, sebanyak 10 fail dengan setiap satu mempunyai saiz maksimum 100MB boleh dimuat naik.
Setiap fail yang dimuat naik kemudian akan diproses oleh Gemini untuk pengguna tanya apa jua soalan.
Antara yang boleh dilakukan adalah menjana jadual, melakukan ringkasan, menjana carta, mencipta laporan, mengeluarkan data penting dan banyak lagi.
Selain itu, di dalam pilihan menu apabila ikon + ditekan, memuat naik fail terus dari Google Drive atau mengambil gambar dengan kamera turut disokong.
Antara fail yang disokong adalah Microsoft Word, TXT, PDF, RTF, CSV, XLS, Google Sheets, fail kod C, CPP, JAVA, PHP, SQL, dan HTML code files.
Untuk janaan carta, ia hanya disokong pada Gemini web jika anda memuat naik helaian lejar. Sokongan fail penuh ada dinyatakan di sini. -Amanz
