Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan menggembur dan melakukan operasi besar-besaran ke atas pusat hiburan haram di ibu negara dalam waktu terdekat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim setakat ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memuktamadkan pendekatan yang akan diambil.
Menurutnya, pihaknya bersedia memberikan kerjasama penuh dengan agensi terlibat demi memastikan premis tidak berlesen dapat dihapuskan.
“Polis Kuala Lumpur sedia membantu DBKL dalam membanteras 1,000 pusat hiburan tidak berlesen yang dikenal pasti beroperasi.
“Saya mahu mengadakan perbincangan mengenai pendekatan yang akan diambil kerana saya mahu ia dilakukan secara besar-besaran walaupun mengetahui mereka mempunyai ‘tonto’ untuk melindungi aktiviti haram mereka,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama diketuai beliau selepas dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu menggantikan Datuk Amar Singh Ishar Singh berkuat kuasa 23 Oktober lalu.
Jumaat lepas, Ketua Penyelaras Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Kementerian Wilayah Persekutuan mendedahkan sebanyak 1,086 pusat hiburan tidak berlesen dikenal pasti beroperasi di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Mon Nov 13 2017

Polis KL akan menggempur 1,000 pusat hiburan haram di Kuala Lumpur. - Foto Bernama.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penduduk kampung cemas hadapi banjir selepas 14 tahun tiada bah
Rata-rata penduduk 'terperangkap' memandangkan mereka tidak bersedia dengan keadaan tersebut.

Banjir besar 2014 di Kelantan mungkin berulang
Kesan-kesan banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 sehingga kini tidak ditangani dengan baik, ujar Pakar Hidraulik dan Hidrologi, Datuk Dr Azuhan Mohamed.

Banjir: 11 sekolah di Pahang ditutup
Sebelas buah sekolah di Pahang terpaksa ditutup akibat banjir setelah hujan lebat berterusan sejak semalam menenggelamkan kawasan sekolah berkenaan.

NADMA keluarkan amaran banjir di empat negeri utara Semenanjung
NADMA turut memberi amaran hujan lebat akan berterusan sehingga esok di Perlis dan Perak serta amaran banjir di Kedah, Pulau Pinang ,Kelantan dan Terengganu.

Banjir di enam daerah di Pantai Timur bermula Rabu - NADMA
Banjir dijangka pada Rabu diramal bermula jam 6.00 pagi.

Angin kencang, hujan lebat tanpa henti bakal landa Pantai Timur
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter diramalkan berlaku bermula Khamis sehingga Isnin.

Pulau Pinang mungkin dilanda banjir lebih buruk - Pakar saliran
Lumpur dan keladak yang dibawa turun oleh hujan lebat pada hujung minggu lalu sudah menyebabkan semua saliran di Pulau Pinang menjadi sempit dan cetek.