KUALA LUMPUR: Seramai 1,001 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi khas di 'mini Dhaka' sekitar Kompleks Kota Raya dan Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua PATI terbabit ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
"Kita melaksanakan pemeriksaan tehadap 60 premis di kawasan sekitar itu.
"Kesemua PATI memberi kerjasama yang baik dan tidak berlaku sebarang pergelutan dan kecederaan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Allaudeen berkata, seramai 1,138 anggota pegawai dari Briged Tengah Pasukan Gerakan AM (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi itu.
"Operasi Itu turut melibatkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kuala Lumpur, Unit Anjing Pengesan (K9)).
"Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut terlibat dalam operasi itu," katanya.
Beliau berkata, operasi itu adalah bertujuan bagi membanteras pelbagai aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.
"Kita turut merampas 100 karton rokok, 80 karton arak, ubat-ubatan tanpa kelulusan KKM yang dianggarkan bernilai RM104,530," katanya.
Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan itu diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan bawah Akta Imigresen 1959,
"DBKL pula akan mengambil tindakan terhadap pemilik premis yang menyewa dan menggajikan PATI," katanya.
Allaudeen berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi khas seperti itu pada masa akan datang.
"Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing kepada pihak polis.
"Pihak polis akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi menjaga serta mengawal keselamatan dan ketenteraman negara," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 21 2023
Allaudeen melihat PATI yang ditahan di 'mini Dhaka' untuk dibawa ke Pulapol bagi siasatan lanjut pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Tiga anggota polis PGA didakwa curi wang RM85,000 dalam premis perniagaan
L/Kpl Mohamad Adib Mohd Zafri, L/Kpl Mohamad Amirul Aiman Mamat dan Kpl Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi masing-masing mengaku tidak bersalah.
Kes curi RM85,000: Tiga anggota polis disambung reman
Tiga anggota polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes kecurian RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu dalam satu operasi, disambung reman.
'Mini Dhaka': Lesen peniaga dibatal, digantung jika sewa premis kepada warga asing
DBKL akan membatalkan atau menggantung sementara lesen peniaga di Jalan Silang yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.