Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan kepada 609 orang pagi ini berbanding 604 orang malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tujuh PPS masih beroperasi, dengan tiga daripadanya di Bahagian Mukah yang menempatkan 308 orang berbanding 303 orang semalam.
Sementara itu, di Bahagian Miri seramai 210 orang ditempatkan di dua buah PPS, Bahagian Bintulu 88 orang di satu PPS, dan di Sibu tiga orang juga ditempatkan di sebuah PPS.
Di SABAH, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 477 orang melibatkan 145 keluarga 8 pagi ini, berbanding 505 orang daripada 159 keluarga malam tadi.
Seramai 302 orang daripada 99 keluarga ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di Beaufort manakala 175 orang membabitkan 46 keluarga di dua PPS daerah Kinabatangan.
Menurut kenyataan itu, keadaan banjir semakin pulih dan trend pemindahan mangsa banjir di semua daerah kekal berkurangan.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2023-11/71700131973_freesize.png)