PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang mengesan sekitar 1.097 juta penagih dadah di seluruh negara dalam usaha memberikan rawatan dan pemulihan kepada kumpulan berkenaan.
Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, setakat tahun lalu, pihaknya sudah mengesan seramai 124,139 penagih dadah di negara ini, dengan penglibatan golongan belia dalam penagihan dadah dikategorikan sebagai membimbangkan.
Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, 66 peratus adalah golongan belia berumur antara 19 dan 39 tahun, dengan kebanyakan mereka menagih dadah sintetik.
"Angka ini telah juga mengukuhkan kajian yang dibuat oleh KDN bersama dengan UKM pada tahun 2022, yang menunjukkan bahawa daripada 100 orang belia di negara ini, enam orang mengaku pernah mengambil dadah dan empat orang mengaku masih aktif berdasarkan kajian dibuat.
"Daripada jumlah belia yang terlibat dalam penagihan dadah, kategori parah adalah seramai 92,000 orang. Sumber bekalan dadah pada tempoh kajian dibuat, selain daripada tokan ataupun rakan-rakan sebaya, sumber yang dikesan aktif dan meningkat adalah laman web gelap," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Beliau berkata selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Perdana Putra.
Mengulas lanjut, Sutekno berkata penjualan dadah secara dalam talian melalui laman web gelap didapati semakin popular di negara ini, selain pembelian menerusi aplikasi seperti Telegram dan WhatsApp.
Berdasarkan maklumat daripada klien-klien AADK, beliau berkata individu yang mengambil dadah secara 'suka-suka' mengaku membelanjakan sekitar RM50 untuk setiap tiga hari sebagai permulaan, dan jumlah tersebut dianggarkan meningkat berdasar tahap keparahan individu terbabit.
"Sekarang ini selain pergi kepada tokan, mereka boleh buat pesanan (dadah) dan dihantar terus ke rumah. Saya rasa ini perlu diberi perhatian ramai terutama oleh ibu bapa untuk lihat barang yang masuk ke rumah agar ia boleh ditapis (cegah penyalahgunaan dadah).
"Ikut catatan, (harga) dadah ikut keaslian... ada yang murah serendah RM18 termasuk kos penghantaran, dan itu dimaklumkan oleh mereka (klien AADK)," ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Sutekno berkata JKMD telah memberi tempoh masa tiga bulan kepada KDN dan AADK agar mengusahakan koordinasi antara beberapa agensi berkaitan dalam merangka inisiatif membendung gejala dadah.
Selain itu, tambahnya JKMD turut mengambil perhatian serius dan bersetuju supaya KDN melalui AADK melaksanakan Kempen Satu Juta Ahli Skuad Antidadah untuk menggiatkan lagi program dan aktiviti gaya hidup sihat.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 10 2023
AADK mengesan seramai 124,139 penagih dadah di negara ini, dengan penglibatan golongan belia dalam penagihan dadah dikategorikan sebagai membimbangkan - Foto hiasan
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih
Tugas-tugas diagnosis masalah penagihan dadah bukanlah tanggungjawab hakiki yang perlu dilakukan pegawai perubatan.
'Isu dadah masalah kita bersama' - Shamsul Anuar
AADK menganggarkan 1.09 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti penagihan dadah.
1.097 juta penagih dikesan, jualan dadah 'online' makin popular - AADK
Penglibatan golongan belia dalam penagihan dadah dikategorikan sebagai membimbangkan.