Seramai 1,188 penghuni di Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Kuala Lumpur terdiri daripada golongan gelandangan berjaya mendapat pekerjaan dan 508 penghuni telah pulang ke pangkuan keluarga, setakat Mei lalu.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah tersebut adalah hasil kejayaan sesi kaunseling yang diberikan sepanjang mereka berada di sini.
"Golongan ini dibantu daripada aspek psikologi oleh pakar kaunseling di sini (Anjung Singgah) bagi meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk kembali kepada kehidupan yang lebih baik.
"Di samping itu, ia juga bagi memulihkan semangat mereka yang hilang dan menggalakkan mereka untuk mencari semula kekuatan dalam diri," katanya.
Beliau turut menyeru agar mana-mana wakil NGO sekiranya mempunyai maklumat mengenai golongan gelandangan yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya, agar merujuk perkara itu kepada YKN untuk bantuan.
Shahrizat berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan sempena program Sinar Kasih Ramadan, di sini hari ini.
Dalam program itu, sebanyak 500 beg mengandungi pakaian, makanan dan minuman untuk berbuka puasa disumbangkan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur selain khidmat menggunting rambut secara percuma disediakan.
Bernama
Mon Jun 20 2016

Seramai 1,188 penghuni di Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Kuala Lumpur terdiri daripada golongan gelandangan berjaya mendapat pekerjaan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembangunan Kampung Baru: Identiti orang Melayu dipertahankan
Identiti orang Melayu di Kampung Baru akan dikekal dan dipertahankan walaupun kawasan itu dibangunkan sebagai sebuah pusat komersil moden.

Warga emas tersepit tangan cuba ambil gigi palsu dalam lubang tandas
Seorang wanita warga emas tersepit tangan di dalam lubang tandas ketika cuba mengambil gigi palsu miliknya yang terjatuh di situ.

1,188 gelandangan dapat pekerjaan menerusi Anjung Singgah Kuala Lumpur
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah tersebut adalah hasil kejayaan Sesi kaunseling yang diberikan sepanjang mereka berada di sini.

DBKL akan wujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan - Ku Nan
DBKL akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah.

Ku Nan sangkal kerajaan zalim terhadap gelandangan, pengemis
Kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.