KANGAR: Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merekodkan seramai 1,213 orang melaporkan gangguan seksual dihadapi mereka sepanjang berlangsungnya 12 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual yang dilancarkan pada Mei lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Aiman Athirah Sabu berkata daripada jumlah itu, 351 orang atau 28.9 peratus merupakan golongan lelaki.
"Kaum lelaki juga tidak boleh memandang enteng akan isu ini memandangkan kaum lelaki juga turut tidak terkecuali daripada gangguan seksual," katanya ketika berucap merasmikan program jerayawara peringkat negeri Perlis yang merupakan siri ke-13 di sini hari ini.
Untuk rekod, Jerayawara Advokasi Antigangguan Seksual peringkat kebangsaan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya pada 29 Mei lepas yang antara lain untuk menjadikan masyarakat lebih cakna mengenai isu gangguan seksual sekali gus tidak menormalisasikannya dalam masyarakat.
Sementara itu, dalam sidang medianya, Aiman Athirah memberitahu yang laporan gangguan seksual direkodkan dalam inventori di bawah PSSS berkenaan antaranya termasuk gangguan seksual di tempat kerja dan di rumah.
"Jadi, daripada dapatan itu, yang membuka satu lagi ruang kepada kita untuk membuat kajian melihat kepada situasi sebenar yang mungkin berlaku di peringkat bawah dan mungkin memerlukan advokasi bukan sahaja tentang antigangguan seksual, tetapi tentang menyedarkan komuniti, tentang peranan tugas masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Aiman Athirah berkata berdasarkan statistik dilaporkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 477 kes gangguan seksual direkodkan pada tahun lepas berbanding 506 kes pada 2021 dan majoriti mangsa melibatkan kaum wanita.
"Namun, kita harus akui bahawa terdapat banyak kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa dan (mungkin) jumlah sebenar adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan," katanya.
Selain itu, beliau berkata berdasarkan laporan UNICEF Malaysia pada 2021, sekurang-kurangnya empat peratus daripada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini yang menggunakan Internet mengalami ancaman eksploitasi dan penderaan seksual yang jelas dalam talian.
"Kita harus sedar akan hakikat bahawa gangguan seksual boleh terjadi di mana-mana sahaja, dalam apa jua bentuk dan kepada mana-mana individu tanpa mengira jantina, usia, kaum ataupun agama termasuklah golongan yang tidak berdaya seperti kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Aiman Athirah menyampaikan ucapan pada perasmian Program Jerayawara KPWKM@Advokasi Anti-gangguan Seksual Negeri Perlis di sini hari ini. - Foto Bernama
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Pensyarah UM yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual, telah diambil tindakan tahan kerja.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.
Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis - KPT
KPT memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut UM baru-baru ini sudah membuah laporan polis dan siasatan sedang djalankan.
UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.
Alumni dakwa seorang daripada lima penuntut UM pernah alami gangguan seksual
Setiap seorang penuntut daripada lima penuntut UM pernah mengalami gangguan seksual, dakwa Alumni Pengajian Gender.
Gangguan seksual: UMFC dakwa pelaku berpengaruh, 'kebal' daripada tindakan
Menurut kenyataan UMFC, walaupun telah membuat laporan berhubung kejadian kepada pihak pengurusan universiti, namun pelaku berkenaan seolah 'kebal daripada sebarang tindakan'.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.