KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menugaskan 1,500 pembantu khidmat pelanggan (CSA) di plaza dan lorong tol di lebuh raya berkenaan untuk membantu pelanggan yang menghadapi masalah transaksi tol sepanjang cuti perayaan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata ini selaras tumpuan PLUS untuk memberi keselesaan kepada pengguna dengan meminimumkan kesesakan di semua 1,100 lorong tol di 94 plaza tol sepanjang lebuh raya itu terutama dalam tempoh 29 April hingga 9 Mei.
Beliau berkata selain itu, PLUS akan menempatkan kakitangan tambahan dari ibu pejabat untuk memberikan sokongan di setiap plaza tol utama di seluruh negara.
"Saya juga ingin mengingatkan pelanggan lebuh raya kami untuk menjangkakan masa perjalanan yang lebih panjang ke destinasi mereka kerana kami meramalkan kemungkinan berlaku kesesakan akibat jumlah kenderaan yang tinggi di jalan raya.
"Namun anda boleh merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan aplikasi PLUS, juga ikuti jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) yang akan dikeluarkan tidak lama lagi serta menggunakan aplikasi Waze dan Google Maps untuk jangkaan pelan laluan perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Tumpuan PLUS untuk memberi keselesaan kepada pengguna dengan meminimumkan kesesakan terutama dalam tempoh 29 April hingga 9 Mei. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Belanjawan | Menilai beban pensyarah, tekanan akademik
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji secara mendalam beban kerja yang ditanggung oleh tenaga akademik di universiti awam. Bagaimana inisiatif ini dapat mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dan penyelidik, termasuk tuntutan pengajaran, penyelidikan, penerbitan akademik, serta tugas pentadbiran? Bersama Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman berbincang tentang langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif.

Microsoft mula tawarkan aplikasi Copilot untuk macOS
Aplikasi ini menawarkan ciri seperti menjana teks, imej, berbual dengan chatbot AI, dan melakukan kajian.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Pengguna disaran teliti caj hospital swasta
Presiden CAKE berkata, pengguna perlu tahu hak mereka pada tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing ditahan polis
Polis menahan lelaki warga bangladesh kerana dipercayai terlibat dalam kejadian khianat terhadap seekor anjing seperti tular dua hari lalu.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Persiaran Jenjarum, Bukit Sentosa, pada malam Khamis
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Pengguna disaran teliti caj hospital swasta
Orang ramai disarankan berhati-hati mendapatkan rawatan di hospital swasta susulan aduan mengenai kenaikan caj perubatan yang tidak munasabah.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.

Permukiman AEM ke-31 bermula di Desaru
Dipengerusikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, permukiman itu antara acara penting di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.
Rundingan fasa seterusnya bermula di Kaherah
Mesir mengumumkan rundingan intensif antara pihak yang terlibat dalam perjanjian gencatan senjata Gaza telah bermula di Kaherah bagi membincangkan fasa seterusnya.
Mangsa di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

1,500 petugas ditempatkan di plaza tol sepanjang cuti Aidilfitri - PLUS
Selain itu, PLUS akan menempatkan kakitangan tambahan dari ibu pejabat untuk memberikan sokongan di setiap plaza tol utama di seluruh negara.