KUALA LUMPUR: Seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad.
Beliau berkata antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan.
Azri berkata mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti disiasat di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Selain itu, terdapat juga 23 pegawai dan anggota polis direkodkan terlibat kesalahan jenayah, rasuah (18), dadah (84) dan syariah (48).
"Oleh itu, bagi memperkasakan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami akan memberi fokus kepada enam elemen pada tahun ini iaitu memperkasakan tadbir urus/kepolisan, pengurusan aduan, risikan/operasi, siasatan, pematuhan serta agama dan kaunseling," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya elemen tadbir urus/kepolisan am melibatkan sudut perlakuan menerusi kursus, latihan dalam perkhidmatan dan program ilmiah berterusan kepada warga PDRM manakala elemen pengurusan aduan pula adalah mempromosi kewujudan e-SPA (Sistem Pengurusan Aduan) kepada orang awam serta warga PDRM.
Selain itu, elemen risikan/operasi pula mempertingkatkan integriti dalam kalangan warga PDRM dengan menangani penglibatan warga PDRM terhadap penyalahgunaan dadah dan ketum selain serbuan mengejut terhadap petugas barisan hadapan di lapangan bagi mencegah isu pemerasan di sekatan jalan raya dan lain-lain.
Azri berkata bagi elemen siasatan, JIPS mempertingkatkan kualiti dalam siasatan pegawai dan anggota polis dengan menjalankan siasatan secara menyeluruh serta terperinci supaya mereka yang terlibat dengan salah laku akan diadili sewajarnya berdasarkan fakta serta pembuktian.
"Bagi elemen pematuhan, kami mengambil pendekatan pencegahan dengan mempertingkatkan pemeriksaan pematuhan untuk menutup ruang dan peluang berlakunya salah laku serta penyelewengan dalam kalangan pegawai dan anggota polis," katanya.
Beliau berkata menerusi elemen agama dan kaunseling, integriti warga kerja PDRM akan diperkasa secara inklusif dengan menekankan aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan melalui pendekatan agama serta psikologi dan kaunseling.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan netizen membuat aduan tidak menggunakan saluran yang betul dan menularkan sesuatu isu menerusi media sosial sebelum siasatan dijalankan, Azri berkata fenomena itu menjadikan netizen sebagai hakim tanpa kesahihan fakta sebenar.
"Saya berpandangan bagi isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan maruah, ia perlu dilakukan mengikut saluran betul dengan membuat laporan kepada pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata tindakan secara profesional perlu dilakukan supaya mangsa terlibat tidak terdedah kepada kecaman dan komen-komen negatif yang boleh mempengaruhi emosi selain mengelak masyarakat terus membuat andaian yang tidak benar terhadap pihak terlibat.
"Saya melihat masyarakat kini hanya berani menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu dengan menularkan isu berkenaan menerusi media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook tetapi enggan bertindak dengan betul (membuat laporan)," katanya.
Azri berkata mereka seharusnya membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
![1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas 1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633618685_pintumasukpdrmbu.jpg)
Mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti disiasat di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. - Foto fail
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
![249 guru Korea Selatan didapati jual soalan peperiksaan tanpa kebenaran 249 guru Korea Selatan didapati jual soalan peperiksaan tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739874269_exam.jpg)
249 guru Korea Selatan didapati jual soalan peperiksaan tanpa kebenaran
249 guru berkenaan menjual soalan peperiksaan antara 2018 hingga Jun 2023, memperoleh purata 85 juta won setiap seorang.
![Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726190949_Logo.jpg)
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
![175 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Ayob Khan 175 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725688697_tbAyobKhanMydin.jpg)
175 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Ayob Khan
Seramai 175 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja sejak tahun lalu.
![Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724920918_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.
![Pukul pemandu OKU: Anggota kena tindakan tatatertib kerana tidak isytihar harta - KPN Pukul pemandu OKU: Anggota kena tindakan tatatertib kerana tidak isytihar harta - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715396271_tbRazarudinHusain.jpg)
Pukul pemandu OKU: Anggota kena tindakan tatatertib kerana tidak isytihar harta - KPN
Tindakan tatatertib terhadap anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) pada Mei lepas adalah disebabkan beliau tidak mengisytiharkan hartanya.
![Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM
Kesemua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian berjumlah RM24.2 juta, perlu mendapat bayaran balik dengan segera.
![804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib 804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648356468_AzriAhmadJIPSPo.jpg)
804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib
Seramai 804 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikenakan hukuman tatatertib sejak Januari hingga Ogos lalu.
![JAKIM ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik JAKIM ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678162728_KetuaPengarahJakim.jpg)
JAKIM ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik
JAKIM jawab isu tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan pegawainya dalam aktiviti politik.
![Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687331080_Perak.jpg)
Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk berkaitan tangkapan khalwat dan pemalsuan dokumen pada tahun lalu.
![SPA terima 1.28 juta permohonan lantikan tetap, lebih 20,000 jawatan diisi SPA terima 1.28 juta permohonan lantikan tetap, lebih 20,000 jawatan diisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684747233_ZainalRahim.jpg)
SPA terima 1.28 juta permohonan lantikan tetap, lebih 20,000 jawatan diisi
SPA menerima 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap untuk jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana, menerusi SPA9 secara dalam talian tahun lepas.