IPOH: Polis menahan 1,604 individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian menerusi Ops Dadu Khas di negeri Perak sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis negeri Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak 1,338 serbuan dilakukan dengan sejumlah 397 peranti iaitu telefon bimbit, komputer, mesin pencetak serta wang tunai turut dirampas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM246,793.
Beliau berkata pihaknya turut mendapat bantuan serta kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sepanjang operasi tersebut.
"Sebanyak 90 pemotongan bekalan elektrik ke atas premis perjudian di bawah Seksyen 21(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (dilaksanakan).
Sekatan ke atas 55 laman sesawang berunsur perjudian dalam talian dan 53 permohonan pembatalan lesen perniagaan turut dilakukan sebagai tindakan pembanterasan ke atas sindiket perjudian tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata sebanyak 839 pertuduhan ke atas tangkapan telah dijalankan dalam tempoh operasi berkenaan.
Menurutnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman juga telah membuka dua kertas siasatan ke atas ahli sindiket perjudian yang ditangkap oleh polis kontinjen Perak dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATPUAA) 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Mohd Yusri berkata pihaknya turut mendapat bantuan serta kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sepanjang operasi tersebut. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.

1,604 individu terbabit aktiviti perjudian ditahan di Perak sejak Januari
Polis menahan 1,604 individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian menerusi Ops Dadu Khas di negeri Perak sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Sindiket perjudian warga asing tumpas
Risikan selama sebulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas berhasil menahan 15 warga asing termasuk seorang tempatan.

Mini 'kasino' dalam kondominum mewah diserbu, 13 individu leka berjudi diberkas
Aktiviti perjudian di kondominium itu dijalankan sekitar pukul 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari.

SPRM tahan lelaki rasuah penguat kuasa untuk lindungi kegiatan judi haram
Difahamkan dua suspek wanita turut ditahan bersama lelaki itu yang juga ketua kumpulan berkenaan, dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tawau.

JIPS siasat perlakuan, penglibatan pegawai kanan tinggi polis negeri
Siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan tinggi polis di sebuah negeri akan menjurus kepada perlakuan dan penglibatannya dengan individu mencurigakan.

Sindiket perjudian PRU 14 dikesan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan beberapa sindiket perjudian yang cuba mempengaruhi keputusan pengundian Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

PDRM buru '9 Dragons' dipercayai VIP dalangi sindiket perjudian negara
PDRM mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.

Polis Johor tumpas sindiket judi bola sepak, nilai pertaruhan RM1.05 juta
Op Soga yang dilancarkan pada 13 Jun lepas membuat 105 serbuan dan memeriksa 311 individu.