KOTA BHARU: Seramai 1,677 usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun Nasional menerima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM5.031 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata, ini merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM50 juta kerajaan kepada usahawan mikro yang terjejas banjir.
Geran tersebut khusus untuk mangsa banjir besar yang melanda negara Disember tahun lalu dan banjir kali kedua yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu pada Februari lalu.
"Pemberian one off RM3,000 ini dapat membantu usahawan AIM yang berusaha untuk bangkit semula dari kemusnahan yang dialami," kata Noh selepas menyampaikan Geran BBKM tersebut, di sini, semalam.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya memperuntukkan RM200 juta bagi usahawan informal di seluruh negara bagi membantu mereka memajukan perniagaan tanpa dikenakan sebarang caj atau faedah.
Katanya, golongan tersebut diberikan pinjaman antara RM3,000 dan RM10,000.
Jelas beliau, jumlah pinjaman itu bergantung kepada jenis perniagaan dijalankan individu tersebut.
Noh berkata, mereka turut diberikan moratorium untuk membayar balik pinjaman selama setahun bermula tahun depan.
Menurutnya, seramai 31,000 usahawan informal telah mendapat manfaat daripada pinjaman tersebut.
Selain itu, beliau juga berharap agar penerima pinjaman termasuk AIM dapat membayar balik pinjaman ini mengikut masa ditetapkan.
Wanna Abd Rahim
Mon Apr 18 2022

Noh (tengah) bercakap kepada media selepas menyampaikan Geran BBKM kepada usahawan AIM dan Tekun di Kota Bharu semalam. - Foto Astro AWANI

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Usahawan rempah-ratus 'bidan terjun' jana pendapatan lima angka sebulan
Ibu dua anak bukan sahaja berjaya meneruskan legasi keluarga, malah mampu menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan.

FAMA galak usahawan bazar Ramadan sumbang makanan kepada golongan memerlukan
Pengarah FAMA Sarawak Norsalawaty Abdul Kadir berkata inisiatif berkenaan sekali gus dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Kementerian Digital lancar garis panduan pengadaptasian kecerdasan buatan di sektor awam
Kementerian Digital hari ini melancarkan Garis Panduan Pengadaptasian AI di Sektor Awam sebagai inisiatif utama untuk memudahkan agensi sektor awam mengadaptasi teknologi AI dengan bertanggungjawab.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.