SUBANG: Kira-kira 10,000 kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia untuk memberi perkhidmatan di samping menerima kekerapan penerbangan yang tinggi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan semua lapangan terbang di seluruh negara susulan ketibaan Aidilfitri serta pada tempoh akan datang.
Pengarah Urusan, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata pihaknya merupakan antara syarikat yang tidak melakukan tindakan pemberhentian pekerja justeru, MAHB kini bersedia untuk menyambut ketibaan penumpang udara.
"Kalau lihat di KLIA pada 1 April, alhamdulillah semua berjalan dengan begitu lancar, itu boleh menyatakan manifestasi ketersedian kami pada hari itu, hari-hari kemudian dan bulan-bulan akan datang," katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas majlis penyerahan sumbangan beli-belah #MYAirportCARES Ceria Aidilfitri di Lapangan Terbang Subang di sini, pada Isnin.
Beliau berkata pengurusan slot trafik pada ketika ini masih lagi pada kadar 30 hingga 40 peratus daripada kapasiti sedia ada.
"Kami mengharapkan trafik datang balik, lebih tinggi trafik maka lebih baik untuk kami," katanya.
Sementara itu, sebanyak 240 penerima daripada masyarakat di sekitar KLIA dan Subang menerima sumbangan baucar beli-belah bernilai RM500 setiap satu daripada MAHB menerusi program tanggungjawab korporat MYAirportCARES Ceria Aidilfitri.
Keseluruhan baucar bernilai RM120,000 itu bertujuan membantu penerima membuat persiapan Aidilfitri yang akan diraikan tidak lama lagi.
Iskandar Mizal berkata tanggungjawab pihaknya sebagai pengendali lapangan terbang utama negara tidak hanya berakhir dengan memberi perkhidmatan kepada penumpang dan pengunjung lapangan terbang.
"Kami sedar yang kami juga menggalas tanggungjawab sosial yang besar. Ini adalah antara fokus utama syarikat -- iaitu membantu menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti sekeliling," katanya.
Sejak diperkenalkan pada 2013, program itu menyantuni sebanyak 2,000 penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Iskandar Mizal berkata, pengurusan slot trafik MAHB pada ketika ini masih lagi pada kadar 30 hingga 40 peratus daripada kapasiti sedia ada. - Gambar hiasan

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tempat letak kereta baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mula beroperasi
Iskandar Mizal berkata tempat letak kereta bertingkat yang baharu itu dijangka dapat menangani isu kesesakan tempat letak kereta di PIA.

MAHB, UTM bekerjasama tingkatkan kecemerlangan operasi lapangan terbang
Selain mengejar kecemerlangan operasi, kerjasama ini memberikan peluang untuk pengkomersialan dan harta intelek.

MAHB sedang muktamadkan perjanjian operasi baharu dengan kerajaan
MAHB berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian operasi baharu serta perjanjian pajakan tanah.

MAHB berjaya terbit Sukuk Wakalah Kanan RM800 juta
Tawaran dwi-tranche itu terdiri daripada sukuk RM500 juta 3 tahun dan sukuk RM300 juta 5 tahun.

10,000 kakitangan sedia beri perkhidmatan, terima kekerapan trafik udara tinggi - MAHB
Pihaknya tidak melakukan tindakan pemberhentian pekerja, justeru, MAHB kini bersedia menyambut ketibaan penumpang udara.

Sistem Aerotrain, pengendali bagasi KLIA akan diganti tahun ini - MAHB
Ia sebagai usaha untuk memberi nafas baharu kepada perkhidmatan di lapangan terbang tersebut.

Aset usang MAHB dapat dihidupkan semula selepas pembukaan semula sempadan negara
Peningkatan aliran trafik udara negara akan memulihkan semula imbangan kewangan MAHB untuk mereka menambah baik kualiti perkhidmatan.

Sistem Aerotrain KLIA berusia 23 tahun bakal diganti, tawar kecekapan operasi lebih baik
Aerotrain baharu akan dinaik taraf bersama infrastruktur sistem trek, dan ini juga akan menyediakan lapangan terbang dengan kecekapan operasi yang lebih baik.

MAHB tawar tender 226 lot komersial berikutan pergerakan trafik udara meningkat
Sebanyak 70 peratus daripada sejumlah 808 ruang komersial telah dibuka tender sebelum ini dan sebahagian besarnya telah ditawarkan.

Food Garden KLIA kembali dibuka dengan wajah baharu yang lebih segar
Perubahan itu disasarkan untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai destinasi sehenti untuk makanan, beli-belah dan gaya hidup.