BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersedia menerima hampir 10,000 pelajar tempatan dan antarabangsa ke kampus secara berperingkat pada bulan Mac ini, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata pihak universiti, telah mengkaji dan mengetatkan SOP yang sedang diguna pakai di universiti itu, bagi melancarkan proses kemasukan pelajar bermula 27 hingga 29 Mac ini.
"Kami bakal menerima kemasukan pelajar ke kolej kediaman hampir 10,000 orang bagi semester dua sesi 2021/2022. Jadi, pematuhan SOP adalah sangat penting, dan pihak kami juga akan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.
"Kami akan meminta pemimpin pelajar terutamanya Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Eksekutif Pelajar di kolej kediaman, untuk membantu mengingatkan pelajar supaya sentiasa mematuhi SOP secara berterusan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mohd Ekhwan berkata terdapat dua kategori pelajar yang akan hadir ke kampus, iaitu melibatkan pelajar yang menginap di dalam kampus dan juga di luar kampus.
"Jumlah bilangan pelajar yang akan menginap di kolej kediaman adalah tertakluk kepada jumlah kapasiti kolej dan pihak Pusat Perumahan Pelajar akan memastikan semua pelajar mematuhi SOP yang telah dibuat," katanya.
Bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), Mohd Ekhwan berkata dekan dan pengurusan fakulti telah memastikan semua SOP untuk kuliah, makmal dan aktiviti klinikal bagi fakulti masing-masing dikemas kini.
"Pelaksanaan PdP, amali dan makmal serta aktiviti penyelidikan, akan bergantung kepada kapasiti kemudahan dewan kuliah dan makmal yang ada. SOP telah dibangunkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan kapasiti kemudahan tersebut," katanya.
Beliau berkata pihak fakulti juga dibenarkan untuk menentukan kaedah pembelajaran bagi aktiviti penyelidikan dan kaedah PdP, sama ada dilakukan secara dalam talian, bersemuka atau hibrid.
"Walau bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM: Kategori Penyakit Berjangkit dan Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM), akan meneliti semula semua SOP fakulti sebelum diperakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Pihak UKM, telah mengkaji dan mengetatkan SOP yang sedang diguna pakai di universiti itu, bagi melancarkan proses kemasukan pelajar bermula 27 hingga 29 Mac ini.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950
Satu Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditubuhkan bagi melaksanakan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan yang kali terakhir dipinda pada 1976.

Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.

Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.

Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.

Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.

UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa
Mohd Ekhwan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi UKM dalam memupuk perspektif global.