KUALA LUMPUR: Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah ini bersamaan purata 85 kes sehari.
"Berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 10,931 kes dan nilai kerugian lebih RM534 juta, peratusan kes bagi tahun 2024 telah mencatatkan penurunan 8.2 peratus. Namun, nilai kerugian mencatatkan peningkatan sebanyak 62.1 peratus," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata daripada aspek pertuduhan, sejumlah 4,880 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah sepanjang tempoh sama berbanding 4,598 pertuduhan untuk tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Dalam perkembangan berasingan, Ramli berkata masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengetahui mengenai portal Semakmule yang dibangunkan JSJK bagi membolehkan orang ramai membuat semakan nombor akaun bank individu dan syarikat yang telah dilaporkan terlibat dengan kegiatan penipuan.
"Sehingga kini, portal ini telah menyenaraikan sejumlah 198,125 akaun bank milik individu dan 315 akaun bank milik syarikat. Daripada jumlah itu, 97,986 tangkapan telah dilakukan dan sebahagiannya telah dituduh di mahkamah," katanya.
Beliau berharap kemudahan portal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat dan seterusnya menjadi antara mekanisme yang efektif dalam pencegahan jenayah komersial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
![10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta 10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714727953_barangrampasanjpg.jpg)
Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan jongkong emas dan pelbagai barang rampasan lain ketika Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, di sini hari ini. - Foto Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta 10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714727953_barangrampasanjpg.jpg)
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
![Kes jenayah komersial meningkat, babit kerugian RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun Kes jenayah komersial meningkat, babit kerugian RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704374224_DatukSeriRamliMoh.jpg)
Kes jenayah komersial meningkat, babit kerugian RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun
Kes jenayah komersial merekodkan peningkatan sebanyak 53.2 peratus dengan nilai kerugian dianggar mencecah RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun.
![Kes jenayah komersial di Pulau Pinang meningkat 82.7 peratus, jumlah kerugian RM53 juta Kes jenayah komersial di Pulau Pinang meningkat 82.7 peratus, jumlah kerugian RM53 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684927133_DatukKhawKokChin.jpg)
Kes jenayah komersial di Pulau Pinang meningkat 82.7 peratus, jumlah kerugian RM53 juta
Khaw Kok Chin berkata sebanyak 759 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas membabitkan jumlah kerugian RM28 juta.
![Rugi RM6.2 bilion akibat penipuan Rugi RM6.2 bilion akibat penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61557288319_scamgeneric.jpg)
Rugi RM6.2 bilion akibat penipuan
Sebanyak 25,000 kertas siasatan melibatkan kes jenayah komersial telah dibuka di seluruh negara membabitkan nilai kerugian berjumlah RM6.2 bilion bagi 2019.